Wednesday, 30 December 2009

kerja kahwin


kalau kat area johor, org biasa sebut kerja kahwin. bila keluar johor, baru tau orang tak biasa guna istilah tu.. tak kisah la sebut apa pun, bendanya sama juga...


cuti sekolah = musim orang kahwin


tiba-tiba budak-budak memenuhi ruangan depan
(pengantin lelaki tu dua pupu aku)


kerja kahwin yang ni lain sikit daripada yang aku pernah pergi sebelum ni...pak cik ni buat style jawa...makanan, pakaian, lepas tu siap ada kuda kepang lagi..rumah kami setaman, jalan kaki je pergi rumah dia..

makanan best, ada ikan keli sambal, rendang daging, ayam bakar, dan yang penting sekali sambal goreng..(ish, rugi tak makan banyak sikit hari tu). buah ada beberapa jenis..


sambal goreng ni nama je sambal goreng, tapi sebenarnya tak ada sambal pun..ni style org jawa..kalau pergi kat kampung orang biasa masak. tapi kat bandar ni susah sikit nak jumpa..

nak masak dia senang je..bahan-bahan dia tempe goreng, tauhu goreng, kulit tauhu, suhun (macam mana nak eja ni), kentang goreng, ikan bilis, dan cili kering.. lepas tu, campur semua dan goreng dengan kicap...tambah beberapa benda lagi dan siap..hehe

sedap..tapi kalau yang tak biasa mungkin tak minat sangat lauk ni.




syafiq yang main kompang




syarah yang buat macam rumah sendiri
(akak kat sebelah tu termasuk gambar pulak)


Tuesday, 1 December 2009

The TV Freak


"Tv is my life"
- Kevin, Home Alone

my best friends:
  1. tv
  2. story books
  3. others
reasons i dislike living in the hostel:
  1. missing family
  2. no tv
  3. others
when it comes to sharing my thoughts, failure in phrasing the correct words is not uncommon. and i ended up telling something which doesn't hit the bull's-eye...





haha..how cute..









Saturday, 14 November 2009

The Accident


"yeay, nak pegi maen paintball esok"
"kat mana?"
"melaka"

i had a short conversation with my brother on facebook that day. to begin with, i had an uneasy feeling about it. but, since he was happy that he'll be going, i believe it's ok because my parents must've given their permission. 

*****

the phone suddenly rang when i was sleeping last night. i looked at the screen. it was mak long.

"syairah, mak long dengar syafiq jatuh, masuk hospital. macam mana dia sekarang? mak long telefon ibu dengan babah tadi, dua-dua tak dapat. mak long risau la"

(eh,weird.i didn't know anything about this. my parents must've told me if anything happened.)

"syairah tak tau la mak long, ibu tak de cakap pun"
"oh, syairah tak tau he? oh, tak pe lah, cuba telefon ibu tanya macam mana"
"ha, ok2, nanti syairah telefon"

*****

minutes later, i called Mother. after saying hello and a little chat, i straightly asked her what has happened. like i've expected, my brother went to Ayer Keroh under the school programme for the PMR students. he was doing the wall climbing when he fell to the ground. it was quite high and his head touches the ground first.

he's now stable and it seems like he's going to be ok. Mother said he'll be discharged by monday if everything is fine. but being a mother, she's worried because it involves the head. as any sensible daughter in the universe, i told her not to worry too much.

and my sister hasn't been told about this. her final exam starts next week. we don't want her worry so much and spoilt her exam.





the taller-than-me syafiq

Thursday, 12 November 2009

si jimbawee


ketenangan dan kedamaian itu adalah milikNya


"Engkau yang Maha Pengasih dan Penyayang
yang menguasai hari pembalasan
hanyalah kepadaMu kami meminta
dan padaMu kami pohon pertolongan
tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus
jalan orang-orang yang kau beri nikmat
bukan jalan mereka yang kau murkai
dan bukan pula mereka yang sesat"

Friday, 6 November 2009

ukhwah itu indah

Stand Together
Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team


Here we are living in this world
A journey to the end
We are servants
We bow to Allah
From Him a helping hand


We are different races
From countries far and wide
Together we can face it
Uphold what's pure and right


We can stand and work hand in hand
We're stronger when we unite
Share the words and spread the truth
With Iman Allah's light


In our hearts can't fake it
When Allah's love embraced
Together we can make it
The world a better place


Everything in life
We can take everything in stride
Cause we live in this worldly life
Can only try


Every dream we have
We want to have the very best
But we can only face the test
For we can try


And in team we stand
And in team we can
We can make it through the day
We can help each other one another
And in team we should stay


Let us take the guidance from Allah
And Rasulullah
We can face the world
We can make it through the night

~ no man is an island ~

Tuesday, 13 October 2009

Rahmat Ujian

Album : Layar Keinsafan


Munsyid : Mestica



Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

c/o
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya


Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

c/o

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

repeat c/o 2x


Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu



p/s : bittufiq wa najah kawan-kawan. semoga usaha kita diberkati Allah

Thursday, 8 October 2009

banjir di tingkat 11???


percaya atau tidak, air melimpah dari tingkat atas sehingga ke tingkat bawah. gara-gara tidak sedar paip terbuka sebab bekalan air telah terputus sejak malam. keadaan bertambah buruk dek saliran perpaipan yang tersumbat.

here are some pictures:



the water reflection



habis buku nota microb ku basah kuyup...isk2..



it cost me rm15 to send it to the laundry
kalau lompat atas ni macam lompat kat padang rumput yg basah..



my lecture notes..tak sempat baca pun lagi..



baru je beli tahun lepas..sedihnya..



timbunan nota yang separa basah


so people, moral of the story is always be careful...check things before you went out of the house...jangan dah terhantuk baru nak tengadah

sebenarnya banyak pengajaran yang boleh diambil. depends on how deep you want to think about it. i leave it to you guys..



Sunday, 4 October 2009

The 7th International Medical School Physiology Competition

hebat. itu yang dapat saya simpulkan. antara universiti yang menarik perhatian saya adalah Universiti Chulalongkorn, National Singapore University, UNIMAS, serta pasukan kegemaran saya, Universiti Sains Islam Malaysia.




akmal, nadia, hani, ummu, haafilah

pasukan USIM kecundang pada pusingan suku akhir. mengalahkan pasukan yang hebat. kalah kepada pasukan lebih hebat. menang bermaruah, kalah juga bermaruah. kesemua lima mereka sama hebat. prof cheng juga memuji mereka pasukan yang bagus. good job friends, you made us all proud.

congratulations. praise be to Allah. all their hardwork paids. now they can give full concentration to the upcoming final semester examination.



datang sebagai penyokong. thanks raihan for the ride


p/s : to all 3rd batches, let's strive for excellence. we are all great people who do great things. let's not let anyone fail any paper. ganbatte!!



the future muslim doctors


Wednesday, 16 September 2009

~balik kampung~

"bila balik kampung?"

soalan yang paling popular dalam seminggu sebelum cuti raya..


"raya kat mana tahun ni?"

soalan yang kedua popular..


semua orang suka bila cerita pasal kampung..hmm pernah tak terfikir kalau tiba-tiba terkandas kat kl ni, dan memang tak ada harapan langsung untuk pulang ke kampung halaman...


ye..mari beraya di gombak..huhu

oh, apa yang aku mengarut ni?

p/s: ramadhan masih berbaki beberapa hari, mari manfaatkan sepenuhnya

Tuesday, 15 September 2009

taubat seorang hamba

saja nak share lirik lagu ni..

Hati Hitam Mengenangkan
Dosa Dosa Yang Ku Lakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terima Taubat Hamba Berdosa


Ku Akui Kelemahan Diri
Ku Insafi Kekurangan Ini
Ke Kesali Kejahilan Ini
Terimalah (3x) Taubatku Ini


Telah Aku Merasakan
Derita Jiwa Dan Perasaan
Kerna Hilang Dari Jalan
Menuju RedhaMu Ya Tuhan


Di Hamparan Ini Ku Meminta
Moga Taubat Ku Diterima

Irsyadee feat. Hafiz Hamidun

http://www.youtube.com/watch?v=-2dOpEohwo4

Wednesday, 2 September 2009

sumbangkah tarian itu?

Tarian itu, apa benar katanya
kami jua yang menyongsang rentak
silapnya lagu, sumbangnya rentak
terlipat langkah

mungkin ada benar katanya
kami tiada pernah mengerah segala keringat
untuk menari di pentas ini
tiada berusaha sekerasnya untuk yang terbaik
untuk mereka, untuk dia
untuk kita


sungguh tarianku terganggu
bait kata menista langkah
biar itu bukan yang benar
namun bagaimana harus akhirnya
sumbang dibawa lagu yang cela


andai begitu ucapnya
akan seruling ini terus berbunyimengejar tari, menggerak langkah
menghayun jemari menyinsing kaki
membiar akhirnya
segala dipentas itu yang dicari
menari kanNan dan kiri
        kaiy-ium
semua juga memberi mesej sama. keringat yang dikerah masih belum cukup. tarian masih sumbang, lagu yang dimainkan masih bercela. niat mereka tulus, namun banyak hati yang terasa resah. telinga-telinga yang mendengar terasa lali. 

usah gusar, semua itu hanya secebis onak yang menambah warna-warni hidup. tiadalah hidup andai semuanya seperti yang diinginkan malah kita maklum bahawa tak  semua yang kita inginkan itu baik untuk kita. dek kerana terlalu biasa berada di atas, tatkala tiba-tiba terjatuh sakitnya terasa bisa. walaupun  lukanya mungkin tidak sebesar mana. tarbiah datang dengan pelbagai cara. terserah kepada kita untuk berfikir. kata orang, mereka yang bijak adalah yang mengambil pengajaran daripada kesilapan sendiri, tapi lebih bijak jika belajar daripada kesilapan orang lain.

 
barangkali kita harus belajar supaya tidak begitu mudah untuk berpuas hati. belajar untuk tidak terlalu kasihankan diri sendiri. juga belajar untuk menahan calaran-calaran emosi dek bait-bait kata yang mengguris hati dan mencelarukan fikiran. boleh jadi, ada urusan hati yang masih belum selesai..

diri ini juga bukan siapa-siapa. hanya musafir yang menumpang di bumi bertuah. sekadar cebisan rasa buat renungan, agar kaki yang melangkah bertambah teguh kerana kita sedar bahawa yang lebih besar sedang menanti di hadapan...

 

Saturday, 22 August 2009

it's a day

sambutan bulan kemerdekaan. ada mamcam2 pertandingan, kuiz, nasyid, video pendek, busana muslimah....tahniah buat penganjur.
bagus juga, bila lagi mahu berkumpul dan berkenalan dengan junior.dapat kenal muka pun jadilah..
sempat juga jumpa senior2 yg jarang2 dapat dilihat di fakulti ...
tambah seronok untuk sertai pertandingan nasyid. sudah lama tiada aktiviti itu. gembira untuk berkumpul dan berlatih. macam2 kerenah. tambah seronok bila dapat bermain alat perkusi.
pelbagai kreativiti busana
adik2 tahun satu yg mendedikasikan lagu buat senior2
lagu 'senyum' daripada kakak2 kami
yang pasti akan dirindui

for my dear friends, the memories and experiences that we had are priceless. i love you all.hope this one is not the last. to those who had taught me how to play konga, i thank you all. ada yang tanya kalau2 saya biasa main konga masa zaman2 sekolah dulu. jawapannya tidak. hanya berpeluang bila masuk fpsk. jadi, kalau anda rasa saya bermain dengan bagus, kredit harus diberi kepada 'cikgu2' yg tak lokek mengajar dan berkongsi ilmu..

secara keseluruhannya, hari ini sangat menarik, seronok dan penuh dengan pengajaran. alhamdulillah 'ala kulli ni'mah...semoga ramadhan kali ini lebih baik dan kita diberi rahmat untuk bertemu dengan malam itu..

Sunday, 9 August 2009

it may seems small, but it is important

"KUALA LUMPUR: Muar di Johor serta tiga bandar di Sarawak iaitu Sibu, Miri dan Samarahan, mencatat kualiti udara tidak sihat hari ini dengan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) melebihi 100. Jabatan Alam Sekitar (JAS), melalui laman webnya, berkata kualiti udara di empat bandar itu merosot dengan bacaan IPU yang tinggi iaitu Sibu (197), Miri (176), Samarahan (122) dan Muar (135). "
i found the article in berita harian online (wonder if we'll find this kind of story in kosmo, metro, etc.)
when i came home for mid sem holiday last week, it was hazy. a condition that is rarely seen before. tangkak today is different from what it was. honestly, i like it better when not so many development were done.
zaman sekolah dulu, sangat seronok berbasikal ke sekolah. lagi-lagi kalau nak pergi darjah khas. memang best. udara pagi sabtu selalunya nyaman dan kereta pun tak banyak.
bila dah ada lesen motor, seronok pecut pagi-pagi nak pergi sekolah...sejuk...kalau pergi tuisyen malam-malam pun masih boleh menikmati udara malam.waktu tu angin malam masih sejuk.dah ada lesen kereta pun masih lagi suka naik motor. sebab suka open air.
tapi sekarang, dah tak berani nak bawa motor. joging dengan adik apatah lagi.basikal pun dah bertahun terperuk kat tepi rumah.
kalau dulu cuma ada satu tempat je yang ada traffic light. sekarang sampai saya pun dah lost count. dulu kereta pun tak banyak di atas jalan. dulu kesesakan lalulintas sangat jarang. kalau ada pak cik polis trafik biasanya sebab traffic light rosak. itu pun zaman sekolah rendah dulu.
tapi sekarang dah lain.semuanya gara-gara udara yang semakin tercemar. pokok-pokok besar pun banyak dah kena tebang. bahaya katanya, takut dahan patah dan hempap orang lalu lalang.kecewa betul bila nampak pokok kekabu besar yang famous sebab bawahnya ada warung sarapan dah tak ada. pokok-pokok besar tepi sekolah pun dah kena tebang sebab nak bina bangunan baru 3 tingkat untuk sekolah.tapi, yang ditebang tak diganti dengan yang setanding dengannya...
sekadar berkongsi cerita dan kehampaan.
juga berkongsi ingatan bahawa bumi semakin tenat.
let's conserve the energy and sources. and if next time you see me carrying a reusable shopping bag, you know why...
what i did may seem simple, but it will bring big effect if everybody is doing the same thing. and this is merely one example.
the issue that i brought forth may not get the same amount of attention as the PPSMI or ISA. but it is something that was initially small but has becoming bigger day by day.
"kadangkala kita terlupa perkara-perkara yang kita anggap kecil. tetapi perkara kecil inilah yang sebenarnya menyumbang"
-dr. A
Go planeteers, the power is in your hand.

Sunday, 19 July 2009

OPKIM 2009

nice pose guys penyokong tarik tali yg penat bersorak sampai hilang suara
terduduk kepenatan
team boling kelapa
jolok, jangan tak jolok
tak lepas peluang panjat pokok manggis
it was fun. too fun that i've lost my words to describe. maybe later when i've got better pictures from arif, i'll let the pictures talk.
what we've done:
  1. visit hospital Melaka
  2. LDK: Muslim doctors surviving in a foreign land
  3. meeting the people of Kg Melekek (very friendly people they are)
  4. health screening session
  5. play tug-of-war aka tarik tali (it was fun)
  6. play futsal (funny!)
  7. menang sorak, hamper tergadai (hahaha)
  8. photography session (this is a must)
  9. petik buah, makan, dan bawak balik (best giler! and now my cough is getting worse)

regardless where we go, the message and the advices given to us are same

  1. study well
  2. be good muslim doctors
  3. help those in need
  4. jgn lupa daratan
as to conclude, it was an enjoyable, meaningful day. i hope that everybody gets optimum benefit from the programme. thanks to everyone who had make it a success.

i have no explanation to why these kids are attached to me

Saturday, 11 July 2009

the 5th semester..part of it

Salam.
hi there! hmm....err...i...urmm....gah!
Somehow i've lost my words. so, here are some pictures. it might not as good as those captured by the seniors, tapi bolehlah..

microbiology practical session:

the happy glove

blood smear with neutrophils. captured from the microscope
the first health screening:
1st time meeting the public

it's makan time

Finally,

welcome to Ibnu Sina lecture hall

Saturday, 13 June 2009

musim yang baru

this is the 1st week of the 5th semester. at the end of the year, we're going to sit for the 2nd professional exam. i'm excited. seriously. dah lama x rasa se-excited ni. dah lama juga x rasa nak buat sesuatu dgn betul2 bersungguh. alhamdulillah hati saya dah tenang.my mind is clear. i know now why i'm here.i know what i want. thanks everyone for helping me in finding my own way. you don't know how much it means to me. i realised that i've got what i wanted since i'm in the university. i've done numbers of things that i wanted to do before. even things that i've never thought that i would do. but unconsciously, i've lost another part of me. people can't really get it when i complained about it.(well, at least they listened to me) but now,insyaallah i'm me again. my friend said that i should find a 'booster maintainer'. to maintain the high spirit that i have now. hehe...he's right. sedangkan iman manusia akan turun naik,apatah lagi semangat membara yang wujud pada permulaan semester. ya, saya mmg insan yang lemah. sila betulkan saya jika saya tersilap arah.maaf atas segala salah dan silap serta keterlanjuran kata. p/s: tahniah kpd semua yg berjaya menghadapi supplement paper. korang sebenarnya orang yang terpilih,sebab org yg betul2 kuat je boleh ambik paper tu. i know that i'm not that strong.

Friday, 29 May 2009

pisang dan kg

pisang boleh tambahkan berat???
kalau dalam tournament silat, ada dua senario yang biasa dilihat.
pertama, pesilat yang menjaga diet dan hanya makan sedikit. maknanya berat dah terlebih.
yang kedua, pesilat yang berkawan baik dengan makanan terutamanya pisang. yang ni sebab berat badannya tidak mencapai ke tahap yang sepatutnya.
senior kata pisang boleh tambahkan berat badan dengan kadar segera.
i have a number of questions in my mind.
  1. scientifically, macam mana berat boleh bertambah?
  2. pisang sahaja yang boleh? makanan lain?
  3. macam mana makan pisang boleh tambah berat?
  4. kalau nak tambah berat 1kg macam mana?

anyone with answer(s)?

sedikit fakta:
  • hampir 10 biji pisang ditelan dalam masa sehari masa kat uum sebab desperate nak tambah berat badan. tapi macam tak berapa berkesan
  • faiz yang main kelas J turun 9 kg sebelum ke uum. tapi sayang, dia kalah timbang juga akhirnya
  • berat badan fikeri turun dan naik dalam masa yang singkat. kesian kat dia kena makan dalam jumlah yang banyak dan kuantiti yang banyak
  • hanya 3 penyertaan dihantar untuk kelas I putera pada masum '09
  • hampir 70% duit dibelanjakan untuk beli makanan

Wednesday, 27 May 2009

MASUM 09

sawah padi saujana mata memandang
akhirnya sampai juga ke jelapang padi Malaysia. perjalanan ke utara mengambil masa hampir 8 jam. namun, 8 jam tidak dibiarkan berlalu begitu sahaja. pemandangan di sepanjang lebuhraya utara-selatan sungguh mempesonakan. peluang untuk menikmati ciptaanNya tidak harus dilepaskan.
berlatarbelakang Dewan Muadzam Shah
dewan berhawa dingin, namun tetap tidak mampu menandingi kesejukan di FPSK
congratulations abg man for the new baby!

Team silat USIM dan UKM bagaikan adik-beradik. setiap kali tournament pasti tidak berjauhan. mungkin kerana kita berguru dengan coach yang sama. pertemuan di antara pesilat USIM dan UKM memang sentiasa dinantikan. seronok juga melihat pelepas bercanda sesama sendiri di gelanggang. sehingga kadangkala ditegur oleh wasit ;)

"kita bukan orang lain, adik-beradik juga"

kata senior, itu tagline team silat. ya, begitu lebih seronok. dalam masa beberapa minggu kita sudah boleh bergurau senda. pada mulanya terasa kekok juga. maklumlah, cuma saya seorang dari kampus Pandan. bukan selalu pelajar di kampus Pandan dapat bertemu dengan mereka di Nilai. keluarga silat masum kali ini seramai 27 orang. bertambah lagi kenalan. kebanyakannya junior. oh, sudah jadi senior saya. dulu saya rasa seronok menjadi yang paling muda. kini, saya akan menjejakkan kaki ke tahun tiga. tingkah laku dan pemikiran harus seiring dengan peningkatan usia.

with the seniors

MASUM 2009 adalah yang terakhir buat mereka. saya mengenali mereka sejak zaman tamhidi lagi. pasti terasa juga kehilangan bila mereka tiada lagi pada tahun depan.
ya, MASUM 2009 satu kenangan manis buat saya. target saya kini MASUM 2010. biar pun saya seorang, tidak mengapa.

Friday, 15 May 2009

untitled

i spent the last two days idling in front of the big screen tv when the whole silat team are training for MASUM. it's fun watching tv especially with this cousin of mine. but i know, later i'll be in big trouble if i'm not fit enough i got fever. not a very good time for a fever i must say. i only go for training for a day and the next day, the temperature is 38.5. after spending three days of torture at the hostel, i took a two day leave and stay and my aunt's house. and i'm feeling better. i should came out with this idea sooner though. staying at nilam court is undescribable. finding food to eat is the biggest issue. and i don't really like the idea of training at the pavillion. i'm going there back this evening. on may 17th, we're going to UUM. i spent two weeks of my holiday here, and i hope it's worth it. well, next time i'm sure i'll just spend my holidays at home. it's more fun. i learned my lesson.

Friday, 27 March 2009

special delivery from home

my mum send this from home. it arrives at 11.00 a.m. within 3o minutes, there's nothing left of it..

Monday, 16 March 2009

the so called road relay

the whole road relay team. congrats everyone.
macam-macam cerita di sebalik acara road relay. dari jarak keliling stadium kepada 600m di atas trek yang baru siap dibina.kemudian tukar lagi jarak kepada 400m di atas trek. itu pun pada saat-saat akhir sebelum larian dimulakan.haha road relay la sangat. ni dah jadi 7x400m ni. tak cerita lagi pasal peraturan-peraturan baru yang hanya kami ketahui pada hari sebelum pertandingan. walhal pasukan lain telah pun maklum mengenainya.
"saya akan buat sesuatu supaya kamu tak menang"
kalau orang yang berkata itu pengurus atau ahli pasukan lain, memang biasa la. semua orang nak menang. tapi kalau kata-kata itu keluar daripada pengajur, hmm tak tau la nak kata apa.
'the not-to-be-named person' tahu bahawa FPSK mampu mendominasi acara larian kerana kami mempunyai latihan yang boleh dikatakan tersusun.saya berani kata dalam acara sebegini, FPSK sebenarnya digeruni. mungkin itu taktiknya untuk tidak mahu kami menang, mungkin juga sekadar kebetulan tetapi bila teringat bahawa kata-kata itu pernah dituturkan serta insiden-insiden lain yang telah berlaku, kami sudah tidak ada cara untuk bersangka baik.
dengan perubahan-perubahan yang dilakukan secara mengejut, mungkin kami menghadapi sedikit masalah kerana separuh daripada pelari-pelari kami adalah pelari jarak jauh. jarak 400m memerlukan pecutan tidak seperti acara jarak jauh yang memerlukan stamina dan daya ketahanan yang tinggi.
buatlah apa sekalipun, kami tetap gah dengan kemenangan emas berganda. malah, dengan pungutan mata dari acara 'road relay', fakulti kami telah menduduki tangga kedua dalam ranking keseluruhan setelah SUFA 2009 melabuhkan tirai.
gold for two consecutive years

Monday, 23 February 2009

katak dalam gelas

seorang pakar motivasi pernah berkata bahawa pepatah "katak dalam tempurung" pada zaman globalisasi ini nampaknya sudah tidak relevan. istilah katak dalam gelas lebih sesuai. katak itu terdedah kepada persekitaran luar, tetapi ia tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu apa yang berlaku di luar. ia lebih selesa dengan keadaannya sekarang dan tidak mahu berubah. selesa dengan menyagka bahawa semua orang juga sedang bahagia dan aman sepertinya. logik juga kata-kata pakar motivasi itu. perkembangan dan kecanggihan teknologi menjadikan perhubungan semakin mudah dan maklumat lebih mudah digapai. namun, kadangkala kita terleka dan tidak sedar akan keadaan orang lain. kadangkala kita tak sedar betapa beruntung dan bertuahnya kita. dalam keadaan separuh sedar, kita mengeluh dan mengeluh...walhal pada waktu itu dalam situasi yang serupa, keadaan orang lain lebih menyedihkan berbanding apa yang kita miliki. dalam diam, kadangkala orang lain mentertawakan keluhan-keluhan kita yang agak keanak-anakan itu. sedar atau tidak, sebenarnya keluhan-keluhan itu menunjukkan kelemahan dan kedangkalan kita. orang di sekeliling menilai kita, melihat kita sebagai orang yang lemah dan agak cetek pemikirannya. mengeluh, meminta simpati, mahu diberi bantuan. pendek kata mahu bergantung kepada orang. percaya bahawa diri layak mendapat itu dan ini. merungut apabila kekurangan itu dan ini. walhal apa yang dimiliki dianggap sangat mewah oleh orang lain di luar sana. mengapa mahu mengeluh? apa yang boleh dicapai dengan mengeluh? bukankah lebih baik sekiranya kita menerima keadaan dan berusaha bagi mengatasi penyebab kepada segala keluhan itu? ayuh, pecahkan gelas yang ada di sekeliling. keluar dari zon selesa. selami keadaan di luar sana. syukuri apa yang dimiliki.hargai kesenangan yang ada. p/s: respon yang agak dramatik kepada cerita yang baru didengari dalam kelas bahasa inggeris..hehe..

Wednesday, 11 February 2009

go fpsk!!

salam. i wish good luck to all debaters for the interfaculty debate this saturday.( i bet we'll need it) to bring back the trophy to fpsk is not impossible. though it's not an easy task. our greatest competitor would be the fsu. especially when all 6 teams managed to the next round while one of our arabic team didn't make it. if all of our 5 teams could make it to the finals, then the trophy would certainly be ours..hehe.. motions : 1)globalization beats its own purposes 2)oil subsidy should be revised 3)the government should stop bailing out the industrial sectors

Tuesday, 27 January 2009

Another Visit To The Historical City

8 years back, our parents brought us to visit the historical places in Malacca. it was fun.there are soooo many places to see. we all know what's there in The Historical City and we only have to walk from one place to another.one day is won't be enough to visit the places, especially if you're appreciating those relics.
one of the museums
(credit to my brother)
semalam, pergi melaka lagi. kali ni malam pulak. sampai dalam pukul 10.ramai jugak orang. cuti2 ni, ramai orang keluar dgn family. mcm kitorang la.malam tu kat tepi sungai melaka ada pameran lampu sempena tahun baru cina.
berlatarbelakang replika beca dan kereta lembu
lepas tu, jalan kaki pergi kat menara taming sari. panjang betul barisan orang nak naik menara tu. kami pun naik jugak...it's not like any typical tower, there's no elevator or stairs.instead, the observation deck that moves up and down, providing the view of the city as it moves.
the observation deck behind
by that time, it was past midnight. on the way back, we stopped near the A'Famosa. the crowd has gone though some people are still there.it's a good opportunity to get a few snaps.
in front of A' Famosa at 0100 hrs
then, we had supper before we go home. this is the kind of holiday our parents always give us. doesn't cost much, but still enjoyable.thanks mom and dad!!
"melawat melaka bererti melawat Malaysia"
-ketua menteri melaka

Friday, 16 January 2009

slaughtering course

4 fakta:

  1. pegawai JAIS tu best..
  2. urat marih = oesophagus
  3. halkum = trachea
  4. urat wadajan = jugular vein & carotid artery
fakta 2,3&4 hari ni baru aku tau...kesian..

The VC Trophy

we're currently short of debater. why? because of they say there can only be 2 person in a team who had represented the university.even if that person is a reserved. the problem is, we had a hard time finding people to participate the royals last time. 3 teams=12 people.6 out of 12 are FPSK debaters and it make it harder to find new debaters. plus the fact that it's going to be held in the same week with the mid-semester exam.
7-8th feb : preliminary round
9th feb : holiday
10th feb : anatomy exam
currently we need at least one person to make up 2 teams without any reserve. hope we'll find that person.asap.

Sunday, 11 January 2009

isu biasiswa

malam pengenalan mpp. dlm byk2 ucapan mlm tu, ucapan dato' shukor antara yg menarik perhatian (though it's quite long). ada la beberapa kali dgr dia berucap, one that i can conclude is that he speaks from his heart. sbb tu la berkesan (unless you're not listening). Isu JPA mlm tu calon2 dari pandan ada ckp pasal biasiswa lambat dapat. ada yg kata terpaksa korek tabung utk beli makanan. setakat yang saya tau, senior2 ada yg dah nak habis semester pun x dpt2 lagi biasiswa.mmg kesian la.tp, saya bukan nak citer pasal senior. based on my observations of my own batch regardless medical or dental, i would say that dato' shukor had a point about financial management.. though i'd say that ramai jugak yg pandai jaga duit and i respect those people. tapi...ramai jugak yg x berapa nak control duit belanja.belanja ikut hati, kadang2 sampai tahap membazir pun ada. pernah ada yg pergi shopping sampai 2-3 ratus semata-mata sebab tension. ada jugak yg sedar diri terlebih berbelanja, tp dia kata 'nak buat mcm mana, mmg saya mcm ni..' ada jugak yang seleranya agak mahal..dan akhirnya menyusahkan diri sendiri mcm2 ragam.. ada kwn2 yg parents dia loaded skit, biasiswa jpa dah habis,masih ada biasiswa FaMa...tapi kesian la kat parents.patutnya dah dapat biasiswa ni x payah la nak mintak duit lagi.biarlah duit tu parents kita guna untuk benda2 lain.utk diorang sendiri,sbb selama diorang jaga kita apa2 pun mesti lebihkan kita. kalau nak beli sesuatu utk kepuasan sendiri mesti fikir berkali-kali sbb takut nanti nak guna duit tu untuk anak2. kalau yang ada adik2, biarlah duit tu parents kita guna untuk adik2.kurang sikit beban sbb x payah fikir pasal kita. kawan2, bukan niat nak mengutuk atau memburukkan, tapi nak ajak kwn2 berubah. belajar dpd pengalaman. duit xkan dtg bergolek..we have to work for it. skrg mungkin x rasa, tp nanti bila dah kerja, baru kita rasa.macam mana susahnya ibubapa kita cari duit.waktu tu nanti baru kita nampak betapa pentingnya financial management. lagi satu, duit biasiswa sebenarnya satu amanah..we all know very well where does the money come from. buka sikit mata,luaskan sikit pandangan..tengok dunia luar.macam mana org yg kurang bernasib baik kat luar sana. mcm mana susahnya nak cari duit.dan macam mana peritnya nak besarkan anak2 kalau duit yang ada x seberapa. so friends, let's sit for a while and reflect. how did we spend our money all these years.how can we improve our financial management. and most important, how can we contribute with it. minta maaf kalau ada terkasar kata.i know i'm not that good in writing things like this.

Monday, 5 January 2009

kami juara

team kami menang lagi..congrats teammates..after all the trainings,we've done it again.not to be forgotten those who helped us.