Showing posts with label shampoo bar. Show all posts
Showing posts with label shampoo bar. Show all posts

Thursday 12 December 2019

Minyak yang berkhasiat untuk rambut dan kulit kepala

Minyak Kelapa
Minyak kelapa memang terkenal dalam penjagaan rambut apatah lagi di Malaysia. Minyak kelapa mencepatkan pertumbuhan rambut dan melembapkan kulit kepala yang kering. Ia juga kaya dengan antioksida serta membantu menyihatkan kitaran pertumbuhan rambut. Urut kulit kepala anda dengan miyak kelapa, 3 kali seminggu. Urutan ini akan membantu peredaran darah di kulit kepala dan memberikan nutrisi kepada folikel rambut yang penting untuk pertumbuhan rambut.

Minyak Zaitun
Minyak zaitun kaya dengan antioksida dan vitamin. Ianya penting untuk melawan rambut gugur pramatang seperti rambut rapuh dan putus.

Minyak Almond
Minyak badam sangat sesuai digunakan untuk rambut yang nipis. Ianya tidak likat, dan cepat meresap. Ia juga kaya dengan vitamin dan mengekalkan kelembapan yang sesuai. Minyak ini istimewa kerana ia sesuai diguakan untuk kulit muka juga sebagai serum.

Minyak Kastor
Minyak kastor popular dalam penjagaan rambut. Ia membantu menyihatkan dan menyegarkan kulit kepala. Folikel rambut menjadi lebih sihat, dan petumbuhan rambut akan menjadi lebih baik!

Minyak Argan
Minyak argan kaya dengan vitamin E yang membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dan kuat. Minyak argan diperbuat daripada kernel pokok argan dan telah lama digunakan untuk kesihatan rambut. Lumurkan minyak argan pada kulit kepala dan rambut setelah anda bersyampu dan tinggalkan sebagai leave-in conditioner. Minyak argan tidak berminyak dan cepat meresap. Rambut anda akan terasa lembut dan mudah diurus!

Essential oil
Lavender: Lavender sangat popular penggunaannya dalam kosmetik. Ia sangat versatil kerana mempunyai banyak kebaikan. Lavender membantu menggalakkan pertumbuhan rambut dan melindungi daripada rambut rosak. Stres kadangkala menjadi penyebab rambut gugur. Lavender juga membantu anda relaks dan berasa tenang, sekaligus membantu mengurangkan kesan stres kepada keguguran rambut.

Rosemary: Rosemary adalah herba yang popular dan meluas pengunaannya. Minyak rosemary sering digunakan untuk kesihatan rambut dan kulit kepala. Ia membantu dalam proses pemulihan folikel dan kulit kepala; sekaligus membantu mengatasi masalah pembotakan.

Cedarwood: Cedarwood membantu meningkatkan peredaran darah di sekitar folikel rambut.Ia menggalakkan pertumbuhan rambut dan melambatkan keguguran rambut. Cedarwood juga membantu mengatasi masalah kelemumur

Banyak lagi sebenarnya minyak dan essential oil yang berkhasiat untuk kulit kepala dan penjagaan rambut. Menggunakan minyak-minyak yang berkualiti dan semulajadi, Shampoo Bar Syairah's Homemade membantu anda mengatasi masalah rambut dan kulit kepala. Shampoo Bar ini kaya dengan antioksida dan vitamin semulajadi, serta diperkayakan dengan essential oil. Ia juga menjadi alternatif untuk pelanggan yang sukakan produk eco-friendly dan selamat. Produk kami tidak menggunakan bahan pengawet atau bahan kimia berbahaya. Tanpa sulfat dan paraben. Kami juga berusaha mengurangkan penggunaan plastik bagi melindungi alam semulajadi!
PM untuk sebarang pertanyaan!

Lawati kedai online di Shopee
 https://shopee.com.my/syairahsyassakii/4308950682 

Follow di Ig dan FB page syairah's homemade


Saturday 7 December 2019

Pertumbuhan rambut dan penjagaan kulit kepala

Tahukah anda, terdapat 4 fasa dalam pertumbuhan rambut. Fasa aktif, fasa peralihan, fasa rehat, dan fasa gugur. Pada satu masa, 80-90% rambut adalah terdiri daripada fasa pertumbuhan. Di dalam kulit kepala, folikel rambut berhubung dengan saraf, dan dibekalkan dengan nutrisi melalui salur darah.

Rambut gugur adalah salah satu fasa normal dalam kitaran pertumbuhan rambut. Setelah rambut gugur, rambut yang baru akan tumbuh dari folikel rambut di kulit kepala. Maka, kesihatan kulit kepala adalah penting bagi menggalakkan pertumbuhan rambut baru dari folikel tersebut. 

Kitaran pertumbuhan rambut

Cubalah shampoo bar Syairah's Homemade. Natural and ecofriendly
Pilihan untuk anda yang ingin lari daripada bahan kimia tambahan dan pengawet!
Kaya dengan nutrisi semulajadi untuk rambut dan kulit kepala. Membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat!

Khasiat menyeluruh shampoo bar:
👍Minyak almond membekalkan vitamin kepada rambut dan kulit kepala.
👍Essential oil Rosemary mengekalkan kesihatan kulit kepala dan rambut.
👍Essential oil Lavender menggalakkan pertumbuhan rambut.
👍Minyak zaitun melindungi rambut daripada kerosakan.
👍Minyak kelapa membantu pemulihan rambut.
👍Essential oil Cedarwood membantu memulihkan kesihatan kulit kepala


#naturalsoap #homemadesoap #parabenfree #sulphatefree #syairahshomemade #ecofriendly #essentialoilsoap #sabun #eczema #kulitsensitif #giftideas #hadiah #sustainable #minispa #homespa #shampoo #shampoobar #reducewaste #semulajadi #reduceplastic