Friday 27 March 2009

special delivery from home

my mum send this from home. it arrives at 11.00 a.m. within 3o minutes, there's nothing left of it..

Monday 16 March 2009

the so called road relay

the whole road relay team. congrats everyone.
macam-macam cerita di sebalik acara road relay. dari jarak keliling stadium kepada 600m di atas trek yang baru siap dibina.kemudian tukar lagi jarak kepada 400m di atas trek. itu pun pada saat-saat akhir sebelum larian dimulakan.haha road relay la sangat. ni dah jadi 7x400m ni. tak cerita lagi pasal peraturan-peraturan baru yang hanya kami ketahui pada hari sebelum pertandingan. walhal pasukan lain telah pun maklum mengenainya.
"saya akan buat sesuatu supaya kamu tak menang"
kalau orang yang berkata itu pengurus atau ahli pasukan lain, memang biasa la. semua orang nak menang. tapi kalau kata-kata itu keluar daripada pengajur, hmm tak tau la nak kata apa.
'the not-to-be-named person' tahu bahawa FPSK mampu mendominasi acara larian kerana kami mempunyai latihan yang boleh dikatakan tersusun.saya berani kata dalam acara sebegini, FPSK sebenarnya digeruni. mungkin itu taktiknya untuk tidak mahu kami menang, mungkin juga sekadar kebetulan tetapi bila teringat bahawa kata-kata itu pernah dituturkan serta insiden-insiden lain yang telah berlaku, kami sudah tidak ada cara untuk bersangka baik.
dengan perubahan-perubahan yang dilakukan secara mengejut, mungkin kami menghadapi sedikit masalah kerana separuh daripada pelari-pelari kami adalah pelari jarak jauh. jarak 400m memerlukan pecutan tidak seperti acara jarak jauh yang memerlukan stamina dan daya ketahanan yang tinggi.
buatlah apa sekalipun, kami tetap gah dengan kemenangan emas berganda. malah, dengan pungutan mata dari acara 'road relay', fakulti kami telah menduduki tangga kedua dalam ranking keseluruhan setelah SUFA 2009 melabuhkan tirai.
gold for two consecutive years