Tarian itu, apa benar katanyakami jua yang menyongsang rentaksilapnya lagu, sumbangnya rentakterlipat langkah
mungkin ada benar katanyakami tiada pernah mengerah segala keringatuntuk menari di pentas initiada berusaha sekerasnya untuk yang terbaikuntuk mereka, untuk diauntuk kita
sungguh tarianku terganggubait kata menista langkahbiar itu bukan yang benarnamun bagaimana harus akhirnyasumbang dibawa lagu yang cela
andai begitu ucapnyaakan seruling ini terus berbunyimengejar tari, menggerak langkahmenghayun jemari menyinsing kakimembiar akhirnyasegala dipentas itu yang dicarimenari kanNan dan kiri
semua juga memberi mesej sama. keringat yang dikerah masih belum cukup. tarian masih sumbang, lagu yang dimainkan masih bercela. niat mereka tulus, namun banyak hati yang terasa resah. telinga-telinga yang mendengar terasa lali.
usah gusar, semua itu hanya secebis onak yang menambah warna-warni hidup. tiadalah hidup andai semuanya seperti yang diinginkan malah kita maklum bahawa tak semua yang kita inginkan itu baik untuk kita. dek kerana terlalu biasa berada di atas, tatkala tiba-tiba terjatuh sakitnya terasa bisa. walaupun lukanya mungkin tidak sebesar mana. tarbiah datang dengan pelbagai cara. terserah kepada kita untuk berfikir. kata orang, mereka yang bijak adalah yang mengambil pengajaran daripada kesilapan sendiri, tapi lebih bijak jika belajar daripada kesilapan orang lain.
barangkali kita harus belajar supaya tidak begitu mudah untuk berpuas hati. belajar untuk tidak terlalu kasihankan diri sendiri. juga belajar untuk menahan calaran-calaran emosi dek bait-bait kata yang mengguris hati dan mencelarukan fikiran. boleh jadi, ada urusan hati yang masih belum selesai..
diri ini juga bukan siapa-siapa. hanya musafir yang menumpang di bumi bertuah. sekadar cebisan rasa buat renungan, agar kaki yang melangkah bertambah teguh kerana kita sedar bahawa yang lebih besar sedang menanti di hadapan...
diri ini juga bukan siapa-siapa. hanya musafir yang menumpang di bumi bertuah. sekadar cebisan rasa buat renungan, agar kaki yang melangkah bertambah teguh kerana kita sedar bahawa yang lebih besar sedang menanti di hadapan...
are these cultural dances haram? some are promoted by usim because they are innocuous and do not harm your aqidah, some are not (e.g. kuda kepang) because of their obvious unIslamic influences.
ReplyDeletethere's a fine line between what's permissible and what's not. the best thing to do is: when it comes to syubahah, leave it.
hanya kami yang memahami siapa yang menari tarian apa.. huhuuu~~
ReplyDeletesop -i don't really know about that. oh,yes. let's leave anything syubhah. though sometimes people find it quite hard to do so. anyway, i believe you realised that the poem is not all about dancing,don't you?
ReplyDeletepaein - mungkin hanya mereka yang sekapal yang mengerti
betul2..
ReplyDeletehanya siapa yang faham akan mengerti