Monday, 23 February 2009
katak dalam gelas
seorang pakar motivasi pernah berkata bahawa pepatah "katak dalam tempurung" pada zaman globalisasi ini nampaknya sudah tidak relevan. istilah katak dalam gelas lebih sesuai. katak itu terdedah kepada persekitaran luar, tetapi ia tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu apa yang berlaku di luar. ia lebih selesa dengan keadaannya sekarang dan tidak mahu berubah. selesa dengan menyagka bahawa semua orang juga sedang bahagia dan aman sepertinya.
logik juga kata-kata pakar motivasi itu. perkembangan dan kecanggihan teknologi menjadikan perhubungan semakin mudah dan maklumat lebih mudah digapai. namun, kadangkala kita terleka dan tidak sedar akan keadaan orang lain.
kadangkala kita tak sedar betapa beruntung dan bertuahnya kita. dalam keadaan separuh sedar, kita mengeluh dan mengeluh...walhal pada waktu itu dalam situasi yang serupa, keadaan orang lain lebih menyedihkan berbanding apa yang kita miliki. dalam diam, kadangkala orang lain mentertawakan keluhan-keluhan kita yang agak keanak-anakan itu.
sedar atau tidak, sebenarnya keluhan-keluhan itu menunjukkan kelemahan dan kedangkalan kita. orang di sekeliling menilai kita, melihat kita sebagai orang yang lemah dan agak cetek pemikirannya.
mengeluh, meminta simpati, mahu diberi bantuan. pendek kata mahu bergantung kepada orang. percaya bahawa diri layak mendapat itu dan ini. merungut apabila kekurangan itu dan ini. walhal apa yang dimiliki dianggap sangat mewah oleh orang lain di luar sana.
mengapa mahu mengeluh? apa yang boleh dicapai dengan mengeluh? bukankah lebih baik sekiranya kita menerima keadaan dan berusaha bagi mengatasi penyebab kepada segala keluhan itu? ayuh, pecahkan gelas yang ada di sekeliling. keluar dari zon selesa. selami keadaan di luar sana. syukuri apa yang dimiliki.hargai kesenangan yang ada.
p/s: respon yang agak dramatik kepada cerita yang baru didengari dalam kelas bahasa inggeris..hehe..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
askum wr.. Katak dibwah gelas.. haa..betul tu.. Dari sudut yang lain, saya memandang " Katak dibawah gelas" sama lah dengan Mahasiswa sekarang..Mahasiswa sekadar memerhati, tahu perkara yang berlaku disekeliling, ( x macam katak bawah tempurung dah )
ReplyDelete.. Tapi yang menyedihkan, mereka langsung tak dapat respon pada isu2 dan perkara2 yang berlaku..
anyway, "katak dibawah gelas" dah dikira lebih baik lah berbanding "katak dibawah tempurung" kn?.. (^_^)
relatively, might be good. tapi lebih baik kalau x perlu duduk dalam gelas kan?
ReplyDeleteAah, duduk jek tengah2 jalan.. Eh, nanti kne langgar ngn kreta plk.. ksian katak
ReplyDelete