Team silat USIM dan UKM bagaikan adik-beradik. setiap kali tournament pasti tidak berjauhan. mungkin kerana kita berguru dengan coach yang sama. pertemuan di antara pesilat USIM dan UKM memang sentiasa dinantikan. seronok juga melihat pelepas bercanda sesama sendiri di gelanggang. sehingga kadangkala ditegur oleh wasit ;)
kata senior, itu tagline team silat. ya, begitu lebih seronok. dalam masa beberapa minggu kita sudah boleh bergurau senda. pada mulanya terasa kekok juga. maklumlah, cuma saya seorang dari kampus Pandan. bukan selalu pelajar di kampus Pandan dapat bertemu dengan mereka di Nilai. keluarga silat masum kali ini seramai 27 orang. bertambah lagi kenalan. kebanyakannya junior. oh, sudah jadi senior saya. dulu saya rasa seronok menjadi yang paling muda. kini, saya akan menjejakkan kaki ke tahun tiga. tingkah laku dan pemikiran harus seiring dengan peningkatan usia.
with the seniors
hu..semangat..syerah!he.syabas btw!
ReplyDeleteEh..
ReplyDeletesebelah kiri tu classmate sy Asmad Jusoh..
kirim salam sama dia ye..=)