Showing posts with label student life. Show all posts
Showing posts with label student life. Show all posts

Wednesday 16 September 2009

~balik kampung~

"bila balik kampung?"

soalan yang paling popular dalam seminggu sebelum cuti raya..


"raya kat mana tahun ni?"

soalan yang kedua popular..


semua orang suka bila cerita pasal kampung..hmm pernah tak terfikir kalau tiba-tiba terkandas kat kl ni, dan memang tak ada harapan langsung untuk pulang ke kampung halaman...


ye..mari beraya di gombak..huhu

oh, apa yang aku mengarut ni?

p/s: ramadhan masih berbaki beberapa hari, mari manfaatkan sepenuhnya

Wednesday 2 September 2009

sumbangkah tarian itu?

Tarian itu, apa benar katanya
kami jua yang menyongsang rentak
silapnya lagu, sumbangnya rentak
terlipat langkah

mungkin ada benar katanya
kami tiada pernah mengerah segala keringat
untuk menari di pentas ini
tiada berusaha sekerasnya untuk yang terbaik
untuk mereka, untuk dia
untuk kita


sungguh tarianku terganggu
bait kata menista langkah
biar itu bukan yang benar
namun bagaimana harus akhirnya
sumbang dibawa lagu yang cela


andai begitu ucapnya
akan seruling ini terus berbunyimengejar tari, menggerak langkah
menghayun jemari menyinsing kaki
membiar akhirnya
segala dipentas itu yang dicari
menari kanNan dan kiri
        kaiy-ium
semua juga memberi mesej sama. keringat yang dikerah masih belum cukup. tarian masih sumbang, lagu yang dimainkan masih bercela. niat mereka tulus, namun banyak hati yang terasa resah. telinga-telinga yang mendengar terasa lali. 

usah gusar, semua itu hanya secebis onak yang menambah warna-warni hidup. tiadalah hidup andai semuanya seperti yang diinginkan malah kita maklum bahawa tak  semua yang kita inginkan itu baik untuk kita. dek kerana terlalu biasa berada di atas, tatkala tiba-tiba terjatuh sakitnya terasa bisa. walaupun  lukanya mungkin tidak sebesar mana. tarbiah datang dengan pelbagai cara. terserah kepada kita untuk berfikir. kata orang, mereka yang bijak adalah yang mengambil pengajaran daripada kesilapan sendiri, tapi lebih bijak jika belajar daripada kesilapan orang lain.

 
barangkali kita harus belajar supaya tidak begitu mudah untuk berpuas hati. belajar untuk tidak terlalu kasihankan diri sendiri. juga belajar untuk menahan calaran-calaran emosi dek bait-bait kata yang mengguris hati dan mencelarukan fikiran. boleh jadi, ada urusan hati yang masih belum selesai..

diri ini juga bukan siapa-siapa. hanya musafir yang menumpang di bumi bertuah. sekadar cebisan rasa buat renungan, agar kaki yang melangkah bertambah teguh kerana kita sedar bahawa yang lebih besar sedang menanti di hadapan...

 

Saturday 22 August 2009

it's a day

sambutan bulan kemerdekaan. ada mamcam2 pertandingan, kuiz, nasyid, video pendek, busana muslimah....tahniah buat penganjur.
bagus juga, bila lagi mahu berkumpul dan berkenalan dengan junior.dapat kenal muka pun jadilah..
sempat juga jumpa senior2 yg jarang2 dapat dilihat di fakulti ...
tambah seronok untuk sertai pertandingan nasyid. sudah lama tiada aktiviti itu. gembira untuk berkumpul dan berlatih. macam2 kerenah. tambah seronok bila dapat bermain alat perkusi.
pelbagai kreativiti busana
adik2 tahun satu yg mendedikasikan lagu buat senior2
lagu 'senyum' daripada kakak2 kami
yang pasti akan dirindui

for my dear friends, the memories and experiences that we had are priceless. i love you all.hope this one is not the last. to those who had taught me how to play konga, i thank you all. ada yang tanya kalau2 saya biasa main konga masa zaman2 sekolah dulu. jawapannya tidak. hanya berpeluang bila masuk fpsk. jadi, kalau anda rasa saya bermain dengan bagus, kredit harus diberi kepada 'cikgu2' yg tak lokek mengajar dan berkongsi ilmu..

secara keseluruhannya, hari ini sangat menarik, seronok dan penuh dengan pengajaran. alhamdulillah 'ala kulli ni'mah...semoga ramadhan kali ini lebih baik dan kita diberi rahmat untuk bertemu dengan malam itu..

Sunday 9 August 2009

it may seems small, but it is important

"KUALA LUMPUR: Muar di Johor serta tiga bandar di Sarawak iaitu Sibu, Miri dan Samarahan, mencatat kualiti udara tidak sihat hari ini dengan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) melebihi 100. Jabatan Alam Sekitar (JAS), melalui laman webnya, berkata kualiti udara di empat bandar itu merosot dengan bacaan IPU yang tinggi iaitu Sibu (197), Miri (176), Samarahan (122) dan Muar (135). "
i found the article in berita harian online (wonder if we'll find this kind of story in kosmo, metro, etc.)
when i came home for mid sem holiday last week, it was hazy. a condition that is rarely seen before. tangkak today is different from what it was. honestly, i like it better when not so many development were done.
zaman sekolah dulu, sangat seronok berbasikal ke sekolah. lagi-lagi kalau nak pergi darjah khas. memang best. udara pagi sabtu selalunya nyaman dan kereta pun tak banyak.
bila dah ada lesen motor, seronok pecut pagi-pagi nak pergi sekolah...sejuk...kalau pergi tuisyen malam-malam pun masih boleh menikmati udara malam.waktu tu angin malam masih sejuk.dah ada lesen kereta pun masih lagi suka naik motor. sebab suka open air.
tapi sekarang, dah tak berani nak bawa motor. joging dengan adik apatah lagi.basikal pun dah bertahun terperuk kat tepi rumah.
kalau dulu cuma ada satu tempat je yang ada traffic light. sekarang sampai saya pun dah lost count. dulu kereta pun tak banyak di atas jalan. dulu kesesakan lalulintas sangat jarang. kalau ada pak cik polis trafik biasanya sebab traffic light rosak. itu pun zaman sekolah rendah dulu.
tapi sekarang dah lain.semuanya gara-gara udara yang semakin tercemar. pokok-pokok besar pun banyak dah kena tebang. bahaya katanya, takut dahan patah dan hempap orang lalu lalang.kecewa betul bila nampak pokok kekabu besar yang famous sebab bawahnya ada warung sarapan dah tak ada. pokok-pokok besar tepi sekolah pun dah kena tebang sebab nak bina bangunan baru 3 tingkat untuk sekolah.tapi, yang ditebang tak diganti dengan yang setanding dengannya...
sekadar berkongsi cerita dan kehampaan.
juga berkongsi ingatan bahawa bumi semakin tenat.
let's conserve the energy and sources. and if next time you see me carrying a reusable shopping bag, you know why...
what i did may seem simple, but it will bring big effect if everybody is doing the same thing. and this is merely one example.
the issue that i brought forth may not get the same amount of attention as the PPSMI or ISA. but it is something that was initially small but has becoming bigger day by day.
"kadangkala kita terlupa perkara-perkara yang kita anggap kecil. tetapi perkara kecil inilah yang sebenarnya menyumbang"
-dr. A
Go planeteers, the power is in your hand.

Sunday 19 July 2009

OPKIM 2009

nice pose guys penyokong tarik tali yg penat bersorak sampai hilang suara
terduduk kepenatan
team boling kelapa
jolok, jangan tak jolok
tak lepas peluang panjat pokok manggis
it was fun. too fun that i've lost my words to describe. maybe later when i've got better pictures from arif, i'll let the pictures talk.
what we've done:
  1. visit hospital Melaka
  2. LDK: Muslim doctors surviving in a foreign land
  3. meeting the people of Kg Melekek (very friendly people they are)
  4. health screening session
  5. play tug-of-war aka tarik tali (it was fun)
  6. play futsal (funny!)
  7. menang sorak, hamper tergadai (hahaha)
  8. photography session (this is a must)
  9. petik buah, makan, dan bawak balik (best giler! and now my cough is getting worse)

regardless where we go, the message and the advices given to us are same

  1. study well
  2. be good muslim doctors
  3. help those in need
  4. jgn lupa daratan
as to conclude, it was an enjoyable, meaningful day. i hope that everybody gets optimum benefit from the programme. thanks to everyone who had make it a success.

i have no explanation to why these kids are attached to me

Saturday 11 July 2009

the 5th semester..part of it

Salam.
hi there! hmm....err...i...urmm....gah!
Somehow i've lost my words. so, here are some pictures. it might not as good as those captured by the seniors, tapi bolehlah..

microbiology practical session:

the happy glove

blood smear with neutrophils. captured from the microscope
the first health screening:
1st time meeting the public

it's makan time

Finally,

welcome to Ibnu Sina lecture hall

Saturday 13 June 2009

musim yang baru

this is the 1st week of the 5th semester. at the end of the year, we're going to sit for the 2nd professional exam. i'm excited. seriously. dah lama x rasa se-excited ni. dah lama juga x rasa nak buat sesuatu dgn betul2 bersungguh. alhamdulillah hati saya dah tenang.my mind is clear. i know now why i'm here.i know what i want. thanks everyone for helping me in finding my own way. you don't know how much it means to me. i realised that i've got what i wanted since i'm in the university. i've done numbers of things that i wanted to do before. even things that i've never thought that i would do. but unconsciously, i've lost another part of me. people can't really get it when i complained about it.(well, at least they listened to me) but now,insyaallah i'm me again. my friend said that i should find a 'booster maintainer'. to maintain the high spirit that i have now. hehe...he's right. sedangkan iman manusia akan turun naik,apatah lagi semangat membara yang wujud pada permulaan semester. ya, saya mmg insan yang lemah. sila betulkan saya jika saya tersilap arah.maaf atas segala salah dan silap serta keterlanjuran kata. p/s: tahniah kpd semua yg berjaya menghadapi supplement paper. korang sebenarnya orang yang terpilih,sebab org yg betul2 kuat je boleh ambik paper tu. i know that i'm not that strong.

Friday 29 May 2009

pisang dan kg

pisang boleh tambahkan berat???
kalau dalam tournament silat, ada dua senario yang biasa dilihat.
pertama, pesilat yang menjaga diet dan hanya makan sedikit. maknanya berat dah terlebih.
yang kedua, pesilat yang berkawan baik dengan makanan terutamanya pisang. yang ni sebab berat badannya tidak mencapai ke tahap yang sepatutnya.
senior kata pisang boleh tambahkan berat badan dengan kadar segera.
i have a number of questions in my mind.
  1. scientifically, macam mana berat boleh bertambah?
  2. pisang sahaja yang boleh? makanan lain?
  3. macam mana makan pisang boleh tambah berat?
  4. kalau nak tambah berat 1kg macam mana?

anyone with answer(s)?

sedikit fakta:
  • hampir 10 biji pisang ditelan dalam masa sehari masa kat uum sebab desperate nak tambah berat badan. tapi macam tak berapa berkesan
  • faiz yang main kelas J turun 9 kg sebelum ke uum. tapi sayang, dia kalah timbang juga akhirnya
  • berat badan fikeri turun dan naik dalam masa yang singkat. kesian kat dia kena makan dalam jumlah yang banyak dan kuantiti yang banyak
  • hanya 3 penyertaan dihantar untuk kelas I putera pada masum '09
  • hampir 70% duit dibelanjakan untuk beli makanan

Wednesday 27 May 2009

MASUM 09

sawah padi saujana mata memandang
akhirnya sampai juga ke jelapang padi Malaysia. perjalanan ke utara mengambil masa hampir 8 jam. namun, 8 jam tidak dibiarkan berlalu begitu sahaja. pemandangan di sepanjang lebuhraya utara-selatan sungguh mempesonakan. peluang untuk menikmati ciptaanNya tidak harus dilepaskan.
berlatarbelakang Dewan Muadzam Shah
dewan berhawa dingin, namun tetap tidak mampu menandingi kesejukan di FPSK
congratulations abg man for the new baby!

Team silat USIM dan UKM bagaikan adik-beradik. setiap kali tournament pasti tidak berjauhan. mungkin kerana kita berguru dengan coach yang sama. pertemuan di antara pesilat USIM dan UKM memang sentiasa dinantikan. seronok juga melihat pelepas bercanda sesama sendiri di gelanggang. sehingga kadangkala ditegur oleh wasit ;)

"kita bukan orang lain, adik-beradik juga"

kata senior, itu tagline team silat. ya, begitu lebih seronok. dalam masa beberapa minggu kita sudah boleh bergurau senda. pada mulanya terasa kekok juga. maklumlah, cuma saya seorang dari kampus Pandan. bukan selalu pelajar di kampus Pandan dapat bertemu dengan mereka di Nilai. keluarga silat masum kali ini seramai 27 orang. bertambah lagi kenalan. kebanyakannya junior. oh, sudah jadi senior saya. dulu saya rasa seronok menjadi yang paling muda. kini, saya akan menjejakkan kaki ke tahun tiga. tingkah laku dan pemikiran harus seiring dengan peningkatan usia.

with the seniors

MASUM 2009 adalah yang terakhir buat mereka. saya mengenali mereka sejak zaman tamhidi lagi. pasti terasa juga kehilangan bila mereka tiada lagi pada tahun depan.
ya, MASUM 2009 satu kenangan manis buat saya. target saya kini MASUM 2010. biar pun saya seorang, tidak mengapa.

Monday 16 March 2009

the so called road relay

the whole road relay team. congrats everyone.
macam-macam cerita di sebalik acara road relay. dari jarak keliling stadium kepada 600m di atas trek yang baru siap dibina.kemudian tukar lagi jarak kepada 400m di atas trek. itu pun pada saat-saat akhir sebelum larian dimulakan.haha road relay la sangat. ni dah jadi 7x400m ni. tak cerita lagi pasal peraturan-peraturan baru yang hanya kami ketahui pada hari sebelum pertandingan. walhal pasukan lain telah pun maklum mengenainya.
"saya akan buat sesuatu supaya kamu tak menang"
kalau orang yang berkata itu pengurus atau ahli pasukan lain, memang biasa la. semua orang nak menang. tapi kalau kata-kata itu keluar daripada pengajur, hmm tak tau la nak kata apa.
'the not-to-be-named person' tahu bahawa FPSK mampu mendominasi acara larian kerana kami mempunyai latihan yang boleh dikatakan tersusun.saya berani kata dalam acara sebegini, FPSK sebenarnya digeruni. mungkin itu taktiknya untuk tidak mahu kami menang, mungkin juga sekadar kebetulan tetapi bila teringat bahawa kata-kata itu pernah dituturkan serta insiden-insiden lain yang telah berlaku, kami sudah tidak ada cara untuk bersangka baik.
dengan perubahan-perubahan yang dilakukan secara mengejut, mungkin kami menghadapi sedikit masalah kerana separuh daripada pelari-pelari kami adalah pelari jarak jauh. jarak 400m memerlukan pecutan tidak seperti acara jarak jauh yang memerlukan stamina dan daya ketahanan yang tinggi.
buatlah apa sekalipun, kami tetap gah dengan kemenangan emas berganda. malah, dengan pungutan mata dari acara 'road relay', fakulti kami telah menduduki tangga kedua dalam ranking keseluruhan setelah SUFA 2009 melabuhkan tirai.
gold for two consecutive years

Wednesday 11 February 2009

go fpsk!!

salam. i wish good luck to all debaters for the interfaculty debate this saturday.( i bet we'll need it) to bring back the trophy to fpsk is not impossible. though it's not an easy task. our greatest competitor would be the fsu. especially when all 6 teams managed to the next round while one of our arabic team didn't make it. if all of our 5 teams could make it to the finals, then the trophy would certainly be ours..hehe.. motions : 1)globalization beats its own purposes 2)oil subsidy should be revised 3)the government should stop bailing out the industrial sectors

Friday 16 January 2009

slaughtering course

4 fakta:

  1. pegawai JAIS tu best..
  2. urat marih = oesophagus
  3. halkum = trachea
  4. urat wadajan = jugular vein & carotid artery
fakta 2,3&4 hari ni baru aku tau...kesian..

The VC Trophy

we're currently short of debater. why? because of they say there can only be 2 person in a team who had represented the university.even if that person is a reserved. the problem is, we had a hard time finding people to participate the royals last time. 3 teams=12 people.6 out of 12 are FPSK debaters and it make it harder to find new debaters. plus the fact that it's going to be held in the same week with the mid-semester exam.
7-8th feb : preliminary round
9th feb : holiday
10th feb : anatomy exam
currently we need at least one person to make up 2 teams without any reserve. hope we'll find that person.asap.

Monday 5 January 2009

kami juara

team kami menang lagi..congrats teammates..after all the trainings,we've done it again.not to be forgotten those who helped us.

Tuesday 9 December 2008

royals debate

salam i spent more than a week for the debate..when come to think about it, i don't really know why did i enter the competition..huhu masalah gak.. the experience i had from last year is a big help..i get to know many things about debating..provided that i've just started debating last year. 4 days at iiu, aku macam org xde perasaan..menang ke, kalah ke, aku buat selamba je..kesian kat teammates lain yg excited bila mng..well, the fact is we lost 3 on the 1st day, then won another 3 on the 2nd day..meaning that we won against teams that are more or less at the same level with our team..walaubagaimanapun, it's a record that we won 3..last year,dorang mng 2 je..bangga la jugak.. i believe USIM debating team won't be able to win the trophy if the status quo doesn't change..training method needs to be fixed..instead of last minute training, debaters need continous training plus, keep in track on what's happening around them...only then we'll have equal chance to win. i don't know whether there'll be next year for me..

Thursday 27 November 2008

preparing for royals debate '08

salam. when most of my friends are at home with their family, i'm still in pandan preparing for the royals which starts this saturday. however, thanks to shafira and kak maryam who accompanied me at the hostel. well, even though i spend most of my time at the faculty to practice and find out informations.thanks a lot!it'll be bored if i'm home alone.especially since it's a two storey house.. it's the second time for me. i'll try my best because after this, i'm going to say goodbye to my debating carrier..hehe.. p/s: pray for our success

Wednesday 19 November 2008

exam dah abis..

akhirnya..exam pun tamat... dah habis exam ni, hilang la muka2 tension yang cuma muncul pada musim2 peperiksaan, senyuman yang melebar pun muncul...
macam2 plan diorang untuk petang ni dan esok..ada yang pergi main boling, pergi jalan TAR, tengok wayang, surf net,etc..
dah habis exam ni, rasa lega la jugak..tapi, perjuangan harus diteruskan..kena cover la balik apa2 yang x sempat masa study leave.. yeah, teruskan usaha!

Tuesday 18 November 2008

exam dah nak abis

haha..esok tinggal subjek bahasa arab, hubungan etnik... tapi hari khamis x tau lagi nak buat ape..kalau duk kat hostel, alamatnya tgk tv, main game la.. apa2 pun, exam la dulu...hehe

Thursday 13 November 2008

ceritera di kala exam

salam saje je nak share..waktu2 exam ni mcm2 la ragam kawan2.bak kata cikgu rahim, layan je la musim2 exam ni..hehe semalam exam anatomy, so, malam sebelum tu biasa la semua org revise balik.yg paling saya kesian ada sorang kawan ni, tension sampai baca buku pun x masuk.dia kira antara top student jugak la.so, pada saya yg jarang2 score ni, saya rasa mesti dia dah ready,x yah la baca teruk2..x sangka pulak dia tension..sampai menangis la jugak..kesian...tgh2 study, dia telefon kawan, cakap dia tension.pastu macam2 jugak la diorang sembang.x delah curi dengar, tapi terdengar la jugak..hehe.. kesian la kat dia, mungkin pressure besar. people have high expectation on her. satu sebab dia top student masa sekolah, pastu, parents dia pun doktor..tu yg lagi menambah tension... as for me, as long as my parents don't show a tensed face when i told them my result, i'll be happy..hehe..except if i failed..tapi x lah se'tension' org lain...alhamdulillah.. p/s:petang ni exam hubungan etnik, pastu isnin ada physio...semoga kami dapat jawab dgn baik..amin..

Friday 31 October 2008

separuh masa kedua semester pertama

naik 2nd year ni, mcm2 kitorang buat..busy...walaupun x lah sesibuk senior 4th year.. saja2 letak gambar2 ni...mcm2 dah kitorang buat sama2..i can't think myself at other places with anybody else other than you guys!!3rd batch rocks!!hehe

Sri Pandan -->IPB --> Glenview

penat jugak..but thanks to our male classmates they made things a lot easier for us!

lawatan sambil belajar ke parlimen.. first time pergi beraya ramai2...korang mmg best la.. beraya kat rumah dr azila 2 jam perjalanan..kalau balik rumah pun sampai...hehe byk je lagi gambar yg best2..tapi ni jelah dulu setakat ni... "kawan yang baik adalah kawan yang membawa kita kepada kebaikan,tapi kawan yang lebih baik adalah kawan yang menunjukkan keburukan kita agar diperbetulkan" Thank you Allah for these good friends you gave.May we all be successful in this world and hereafter..amin..