Sunday, 19 July 2009

OPKIM 2009

nice pose guys penyokong tarik tali yg penat bersorak sampai hilang suara
terduduk kepenatan
team boling kelapa
jolok, jangan tak jolok
tak lepas peluang panjat pokok manggis
it was fun. too fun that i've lost my words to describe. maybe later when i've got better pictures from arif, i'll let the pictures talk.
what we've done:
  1. visit hospital Melaka
  2. LDK: Muslim doctors surviving in a foreign land
  3. meeting the people of Kg Melekek (very friendly people they are)
  4. health screening session
  5. play tug-of-war aka tarik tali (it was fun)
  6. play futsal (funny!)
  7. menang sorak, hamper tergadai (hahaha)
  8. photography session (this is a must)
  9. petik buah, makan, dan bawak balik (best giler! and now my cough is getting worse)

regardless where we go, the message and the advices given to us are same

  1. study well
  2. be good muslim doctors
  3. help those in need
  4. jgn lupa daratan
as to conclude, it was an enjoyable, meaningful day. i hope that everybody gets optimum benefit from the programme. thanks to everyone who had make it a success.

i have no explanation to why these kids are attached to me

Saturday, 11 July 2009

the 5th semester..part of it

Salam.
hi there! hmm....err...i...urmm....gah!
Somehow i've lost my words. so, here are some pictures. it might not as good as those captured by the seniors, tapi bolehlah..

microbiology practical session:

the happy glove

blood smear with neutrophils. captured from the microscope
the first health screening:
1st time meeting the public

it's makan time

Finally,

welcome to Ibnu Sina lecture hall

Saturday, 13 June 2009

musim yang baru

this is the 1st week of the 5th semester. at the end of the year, we're going to sit for the 2nd professional exam. i'm excited. seriously. dah lama x rasa se-excited ni. dah lama juga x rasa nak buat sesuatu dgn betul2 bersungguh. alhamdulillah hati saya dah tenang.my mind is clear. i know now why i'm here.i know what i want. thanks everyone for helping me in finding my own way. you don't know how much it means to me. i realised that i've got what i wanted since i'm in the university. i've done numbers of things that i wanted to do before. even things that i've never thought that i would do. but unconsciously, i've lost another part of me. people can't really get it when i complained about it.(well, at least they listened to me) but now,insyaallah i'm me again. my friend said that i should find a 'booster maintainer'. to maintain the high spirit that i have now. hehe...he's right. sedangkan iman manusia akan turun naik,apatah lagi semangat membara yang wujud pada permulaan semester. ya, saya mmg insan yang lemah. sila betulkan saya jika saya tersilap arah.maaf atas segala salah dan silap serta keterlanjuran kata. p/s: tahniah kpd semua yg berjaya menghadapi supplement paper. korang sebenarnya orang yang terpilih,sebab org yg betul2 kuat je boleh ambik paper tu. i know that i'm not that strong.

Friday, 29 May 2009

pisang dan kg

pisang boleh tambahkan berat???
kalau dalam tournament silat, ada dua senario yang biasa dilihat.
pertama, pesilat yang menjaga diet dan hanya makan sedikit. maknanya berat dah terlebih.
yang kedua, pesilat yang berkawan baik dengan makanan terutamanya pisang. yang ni sebab berat badannya tidak mencapai ke tahap yang sepatutnya.
senior kata pisang boleh tambahkan berat badan dengan kadar segera.
i have a number of questions in my mind.
  1. scientifically, macam mana berat boleh bertambah?
  2. pisang sahaja yang boleh? makanan lain?
  3. macam mana makan pisang boleh tambah berat?
  4. kalau nak tambah berat 1kg macam mana?

anyone with answer(s)?

sedikit fakta:
  • hampir 10 biji pisang ditelan dalam masa sehari masa kat uum sebab desperate nak tambah berat badan. tapi macam tak berapa berkesan
  • faiz yang main kelas J turun 9 kg sebelum ke uum. tapi sayang, dia kalah timbang juga akhirnya
  • berat badan fikeri turun dan naik dalam masa yang singkat. kesian kat dia kena makan dalam jumlah yang banyak dan kuantiti yang banyak
  • hanya 3 penyertaan dihantar untuk kelas I putera pada masum '09
  • hampir 70% duit dibelanjakan untuk beli makanan

Wednesday, 27 May 2009

MASUM 09

sawah padi saujana mata memandang
akhirnya sampai juga ke jelapang padi Malaysia. perjalanan ke utara mengambil masa hampir 8 jam. namun, 8 jam tidak dibiarkan berlalu begitu sahaja. pemandangan di sepanjang lebuhraya utara-selatan sungguh mempesonakan. peluang untuk menikmati ciptaanNya tidak harus dilepaskan.
berlatarbelakang Dewan Muadzam Shah
dewan berhawa dingin, namun tetap tidak mampu menandingi kesejukan di FPSK
congratulations abg man for the new baby!

Team silat USIM dan UKM bagaikan adik-beradik. setiap kali tournament pasti tidak berjauhan. mungkin kerana kita berguru dengan coach yang sama. pertemuan di antara pesilat USIM dan UKM memang sentiasa dinantikan. seronok juga melihat pelepas bercanda sesama sendiri di gelanggang. sehingga kadangkala ditegur oleh wasit ;)

"kita bukan orang lain, adik-beradik juga"

kata senior, itu tagline team silat. ya, begitu lebih seronok. dalam masa beberapa minggu kita sudah boleh bergurau senda. pada mulanya terasa kekok juga. maklumlah, cuma saya seorang dari kampus Pandan. bukan selalu pelajar di kampus Pandan dapat bertemu dengan mereka di Nilai. keluarga silat masum kali ini seramai 27 orang. bertambah lagi kenalan. kebanyakannya junior. oh, sudah jadi senior saya. dulu saya rasa seronok menjadi yang paling muda. kini, saya akan menjejakkan kaki ke tahun tiga. tingkah laku dan pemikiran harus seiring dengan peningkatan usia.

with the seniors

MASUM 2009 adalah yang terakhir buat mereka. saya mengenali mereka sejak zaman tamhidi lagi. pasti terasa juga kehilangan bila mereka tiada lagi pada tahun depan.
ya, MASUM 2009 satu kenangan manis buat saya. target saya kini MASUM 2010. biar pun saya seorang, tidak mengapa.