Saturday, 13 June 2009
musim yang baru
Friday, 29 May 2009
pisang dan kg
- scientifically, macam mana berat boleh bertambah?
- pisang sahaja yang boleh? makanan lain?
- macam mana makan pisang boleh tambah berat?
- kalau nak tambah berat 1kg macam mana?
anyone with answer(s)?
- hampir 10 biji pisang ditelan dalam masa sehari masa kat uum sebab desperate nak tambah berat badan. tapi macam tak berapa berkesan
- faiz yang main kelas J turun 9 kg sebelum ke uum. tapi sayang, dia kalah timbang juga akhirnya
- berat badan fikeri turun dan naik dalam masa yang singkat. kesian kat dia kena makan dalam jumlah yang banyak dan kuantiti yang banyak
- hanya 3 penyertaan dihantar untuk kelas I putera pada masum '09
- hampir 70% duit dibelanjakan untuk beli makanan
Wednesday, 27 May 2009
MASUM 09
Team silat USIM dan UKM bagaikan adik-beradik. setiap kali tournament pasti tidak berjauhan. mungkin kerana kita berguru dengan coach yang sama. pertemuan di antara pesilat USIM dan UKM memang sentiasa dinantikan. seronok juga melihat pelepas bercanda sesama sendiri di gelanggang. sehingga kadangkala ditegur oleh wasit ;)
kata senior, itu tagline team silat. ya, begitu lebih seronok. dalam masa beberapa minggu kita sudah boleh bergurau senda. pada mulanya terasa kekok juga. maklumlah, cuma saya seorang dari kampus Pandan. bukan selalu pelajar di kampus Pandan dapat bertemu dengan mereka di Nilai. keluarga silat masum kali ini seramai 27 orang. bertambah lagi kenalan. kebanyakannya junior. oh, sudah jadi senior saya. dulu saya rasa seronok menjadi yang paling muda. kini, saya akan menjejakkan kaki ke tahun tiga. tingkah laku dan pemikiran harus seiring dengan peningkatan usia.
with the seniors