"bila balik kampung?"
soalan yang paling popular dalam seminggu sebelum cuti raya..
"raya kat mana tahun ni?"
soalan yang kedua popular..
semua orang suka bila cerita pasal kampung..hmm pernah tak terfikir kalau tiba-tiba terkandas kat kl ni, dan memang tak ada harapan langsung untuk pulang ke kampung halaman...
ye..mari beraya di gombak..huhu
oh, apa yang aku mengarut ni?
p/s: ramadhan masih berbaki beberapa hari, mari manfaatkan sepenuhnya
Wednesday 16 September 2009
Tuesday 15 September 2009
taubat seorang hamba
saja nak share lirik lagu ni..
Hati Hitam Mengenangkan
Dosa Dosa Yang Ku Lakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terima Taubat Hamba Berdosa
Ku Akui Kelemahan Diri
Ku Insafi Kekurangan Ini
Ke Kesali Kejahilan Ini
Terimalah (3x) Taubatku Ini
Telah Aku Merasakan
Derita Jiwa Dan Perasaan
Kerna Hilang Dari Jalan
Menuju RedhaMu Ya Tuhan
Di Hamparan Ini Ku Meminta
Moga Taubat Ku Diterima
Irsyadee feat. Hafiz Hamidun
http://www.youtube.com/watch?v=-2dOpEohwo4
Hati Hitam Mengenangkan
Dosa Dosa Yang Ku Lakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terima Taubat Hamba Berdosa
Ku Akui Kelemahan Diri
Ku Insafi Kekurangan Ini
Ke Kesali Kejahilan Ini
Terimalah (3x) Taubatku Ini
Telah Aku Merasakan
Derita Jiwa Dan Perasaan
Kerna Hilang Dari Jalan
Menuju RedhaMu Ya Tuhan
Di Hamparan Ini Ku Meminta
Moga Taubat Ku Diterima
Irsyadee feat. Hafiz Hamidun
http://www.youtube.com/watch?v=-2dOpEohwo4
Wednesday 2 September 2009
sumbangkah tarian itu?
Tarian itu, apa benar katanyakami jua yang menyongsang rentaksilapnya lagu, sumbangnya rentakterlipat langkah
mungkin ada benar katanyakami tiada pernah mengerah segala keringatuntuk menari di pentas initiada berusaha sekerasnya untuk yang terbaikuntuk mereka, untuk diauntuk kita
sungguh tarianku terganggubait kata menista langkahbiar itu bukan yang benarnamun bagaimana harus akhirnyasumbang dibawa lagu yang cela
andai begitu ucapnyaakan seruling ini terus berbunyimengejar tari, menggerak langkahmenghayun jemari menyinsing kakimembiar akhirnyasegala dipentas itu yang dicarimenari kanNan dan kiri
semua juga memberi mesej sama. keringat yang dikerah masih belum cukup. tarian masih sumbang, lagu yang dimainkan masih bercela. niat mereka tulus, namun banyak hati yang terasa resah. telinga-telinga yang mendengar terasa lali.
usah gusar, semua itu hanya secebis onak yang menambah warna-warni hidup. tiadalah hidup andai semuanya seperti yang diinginkan malah kita maklum bahawa tak semua yang kita inginkan itu baik untuk kita. dek kerana terlalu biasa berada di atas, tatkala tiba-tiba terjatuh sakitnya terasa bisa. walaupun lukanya mungkin tidak sebesar mana. tarbiah datang dengan pelbagai cara. terserah kepada kita untuk berfikir. kata orang, mereka yang bijak adalah yang mengambil pengajaran daripada kesilapan sendiri, tapi lebih bijak jika belajar daripada kesilapan orang lain.
barangkali kita harus belajar supaya tidak begitu mudah untuk berpuas hati. belajar untuk tidak terlalu kasihankan diri sendiri. juga belajar untuk menahan calaran-calaran emosi dek bait-bait kata yang mengguris hati dan mencelarukan fikiran. boleh jadi, ada urusan hati yang masih belum selesai..
diri ini juga bukan siapa-siapa. hanya musafir yang menumpang di bumi bertuah. sekadar cebisan rasa buat renungan, agar kaki yang melangkah bertambah teguh kerana kita sedar bahawa yang lebih besar sedang menanti di hadapan...
diri ini juga bukan siapa-siapa. hanya musafir yang menumpang di bumi bertuah. sekadar cebisan rasa buat renungan, agar kaki yang melangkah bertambah teguh kerana kita sedar bahawa yang lebih besar sedang menanti di hadapan...
Saturday 22 August 2009
it's a day
sambutan bulan kemerdekaan. ada mamcam2 pertandingan, kuiz, nasyid, video pendek, busana muslimah....tahniah buat penganjur.
bagus juga, bila lagi mahu berkumpul dan berkenalan dengan junior.dapat kenal muka pun jadilah..
sempat juga jumpa senior2 yg jarang2 dapat dilihat di fakulti ...
tambah seronok untuk sertai pertandingan nasyid. sudah lama tiada aktiviti itu. gembira untuk berkumpul dan berlatih. macam2 kerenah. tambah seronok bila dapat bermain alat perkusi.
yang pasti akan dirindui
for my dear friends, the memories and experiences that we had are priceless. i love you all.hope this one is not the last. to those who had taught me how to play konga, i thank you all. ada yang tanya kalau2 saya biasa main konga masa zaman2 sekolah dulu. jawapannya tidak. hanya berpeluang bila masuk fpsk. jadi, kalau anda rasa saya bermain dengan bagus, kredit harus diberi kepada 'cikgu2' yg tak lokek mengajar dan berkongsi ilmu..
secara keseluruhannya, hari ini sangat menarik, seronok dan penuh dengan pengajaran. alhamdulillah 'ala kulli ni'mah...semoga ramadhan kali ini lebih baik dan kita diberi rahmat untuk bertemu dengan malam itu..
Sunday 9 August 2009
it may seems small, but it is important
"KUALA LUMPUR: Muar di Johor serta tiga bandar di Sarawak iaitu Sibu, Miri dan Samarahan, mencatat kualiti udara tidak sihat hari ini dengan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) melebihi 100. Jabatan Alam Sekitar (JAS), melalui laman webnya, berkata kualiti udara di empat bandar itu merosot dengan bacaan IPU yang tinggi iaitu Sibu (197), Miri (176), Samarahan (122) dan Muar (135). "
i found the article in berita harian online (wonder if we'll find this kind of story in kosmo, metro, etc.)
when i came home for mid sem holiday last week, it was hazy. a condition that is rarely seen before. tangkak today is different from what it was. honestly, i like it better when not so many development were done.
zaman sekolah dulu, sangat seronok berbasikal ke sekolah. lagi-lagi kalau nak pergi darjah khas. memang best. udara pagi sabtu selalunya nyaman dan kereta pun tak banyak.
bila dah ada lesen motor, seronok pecut pagi-pagi nak pergi sekolah...sejuk...kalau pergi tuisyen malam-malam pun masih boleh menikmati udara malam.waktu tu angin malam masih sejuk.dah ada lesen kereta pun masih lagi suka naik motor. sebab suka open air.
tapi sekarang, dah tak berani nak bawa motor. joging dengan adik apatah lagi.basikal pun dah bertahun terperuk kat tepi rumah.
kalau dulu cuma ada satu tempat je yang ada traffic light. sekarang sampai saya pun dah lost count. dulu kereta pun tak banyak di atas jalan. dulu kesesakan lalulintas sangat jarang. kalau ada pak cik polis trafik biasanya sebab traffic light rosak. itu pun zaman sekolah rendah dulu.
tapi sekarang dah lain.semuanya gara-gara udara yang semakin tercemar. pokok-pokok besar pun banyak dah kena tebang. bahaya katanya, takut dahan patah dan hempap orang lalu lalang.kecewa betul bila nampak pokok kekabu besar yang famous sebab bawahnya ada warung sarapan dah tak ada. pokok-pokok besar tepi sekolah pun dah kena tebang sebab nak bina bangunan baru 3 tingkat untuk sekolah.tapi, yang ditebang tak diganti dengan yang setanding dengannya...
sekadar berkongsi cerita dan kehampaan.
juga berkongsi ingatan bahawa bumi semakin tenat.
let's conserve the energy and sources. and if next time you see me carrying a reusable shopping bag, you know why...
what i did may seem simple, but it will bring big effect if everybody is doing the same thing. and this is merely one example.
the issue that i brought forth may not get the same amount of attention as the PPSMI or ISA. but it is something that was initially small but has becoming bigger day by day.
"kadangkala kita terlupa perkara-perkara yang kita anggap kecil. tetapi perkara kecil inilah yang sebenarnya menyumbang"
-dr. A
Go planeteers, the power is in your hand.
Subscribe to:
Posts (Atom)