Thursday 24 December 2020

Review: Phillips Perfect Care Elite Plus Steam Iron

 


Kali ni sis tulis review iron steamer Phillips yang menjadi kegilaan dan idaman wanita, tak kira surirumah ataupun yang berkerjaya.

Sis beli iron ni Julai 2019 kat Lazada, harga termasuk delivery RM1333 masa promotion. Dapat sekali percuma iron board besar. Kalau tengok kat shopping mall, kadang-kadang ada yang jual  lebih kurang RM1500 sekali iron board. Kat Lazada mall mungkin masih boleh dapat harga bawah RM1500 waktu sale. 

Masa nak beli steamer iron dulu, memang survey2 jugak model dan brand apa yang nak beli. Antara spesifikasi yang saya tengok adalah kapasiti steam boost, detachable water tank, easy descaling, dan energy saving. 

Kalau tengok memang ada steamer iron yang lebih murah, tapi ada kekurangan pada bekas air. Untuk model macam ni biasanya tank air lebih kecil dan tak boleh dicabut. Jadi lebih kerap kena isi air kalau guna untuk gosok baju banyak-banyak sekaligus. 

Untuk model yang ada detachable water tank, lebih ringkas sebab tank tu boleh dicabut dan dibawa ke sinki untuk isi semula air. Tambahan pula, bekas air ni boleh isi 1.8L air dan sangat mencukupi untuk isi air sekali atau 2 kali sahaja. Kalau untuk penggunaan dua jam isi penuh mula pun dah mencukupi, tak perlu top up air.

Dulu sebelum beli steamer iron ni, sis biasanya gosok kemeja/seluar kerja suami untuk seminggu dan kadang-kadang je gosok tudung dan baju kerja sendiri. Sebab untuk gosok pakaian suami pun dah makan masa hampir 2 jam, jadi dah penat nak gosok tudung sendiri pulak. Sis memang sejak zaman sekolah gosok baju seminggu sekali aje...hehehe... Kalau ada oncall weekend, sis gosok siap-siap untuk seminggu setengah. Kalau tak cukup kadang-kadang cik abang gosok sendiri.

Tapi, sejak guna iron yang ni, semua tu dah jadi lebih kurang sejam je. Jadi dengan lebihan masa yang ada, sis dapatlah gosok baju dan tudung sendiri jugak. Wow! Memang banyak menjimatkan masa dan tenaga kerja. Dari segi penggunaan elektrik, tak banyak beza pun. Sis masih gosok baju 2 jam seminggu, dan bil elektrik nampak lebih kurang sama je. Lagipun iron ni ada mode Energy saving, jadi kalau nak jimat lagi boleh guna mode jimat tenaga ni.

Iron ni tak perlu adjust suhu sebab ada sensor automatik yang kawal suhu untuk kita. Jadi memang tak risau pakaian terbakar.

Penjagaan pun tak leceh, bila dah masa untuk descaling lampu peringatan akan menyala, dan cuma perlu buka skru untuk keluarkan kotoran air macam dalam gambar ni. Tapi sis cadangkan bawak bekas besar sikit, jangan guna cawan kecik tu sebab biasanya tak cukup. 


Sekian sahaja, harap dapat membantu cik puan sekalian survey!


1 comment:


  1. IONQQ**COM
    agen terbesar dan terpercaya di indonesia
    segera daftar dan bergabung bersama kami.
    Whatshapp : +85515373217 :-* (f)

    ReplyDelete

komen sikit