Monday 7 October 2019

Kebaikan Lavender

Ramai yang sukakan lavender kan? Lavender merupakan herba yang terkenal dan digunakan dalam pelbagai barangan harian. Lavender mengandungi minyak yang mampu menenangkan dan membantu otot-otot untuk relaks. Lavender juga mempunyai kesan antibakteria dan antifungal.

Lavender digunakan secara meluas kerana ia mempunyai banyak kebaikan semulajadi. Antaranya adalah untuk merawat rambut gugur dan juga membantu mengurangkan period pain. Selain itu, ia juga membantu untuk mengurangkan masalah anxiety dan depression. Lavender juga dikatakan membantu untuk mendapatkan rehat dan tidur yang berkualiti!

Lavender sangat popular digunakan sebagai pewangi dalam barangan harian. Syampu, sabun, pencuci lantai, pewangi kenderaan, dan macam-macam lagilah! Memang ramai yang sukakan bunga yang berwarna ungu ini kerana baunya yang wangi dan menenenangkan. Tetapi, adakah anda pasti aroma lavender yang digunakan dalam barangan harian anda datangnya daripada lavender sebenar? Sebab kebanyakan barangan harian menggunakan pewangi kimia kerana aromanya lebih kuat dan lebih tahan lama.

Oleh kerana itu, kami telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan sabun Relaxing Lavender yang diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi dan berkualiti. Sabun Syairah's Homemade merupakan sabun semulajadi yang kaya dengan gliserin dan tidak ditambah dengan bahan pengawet atau bahan kimia berbahaya. Seperti yang diketahui, gliserin mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan kulit anda kekal mulus selepas mandi. Ia juga bebas daripada paraben dan sulfat. Anda jangan risau dan tak perlu sangsi lagi, kerana kami di Syairah's Homemamde menggunakan essential oil sebenar yang telah diuji di makmal. Kami menggunakan essential oil Plant Therapy yang diiktiraf ketulenannya! Gunakan sabun Syairah's Homemade yang mesra pengguna dan mesra alam.

Lawati kedai online kami di Syairah's Homemade


1 comment:

  1. Izin promo ya Admin^^
    bosan tidak ada yang mau di kerjakan, mau di rumah saja suntuk,
    mau keluar tidak tahu mesti kemana, dari pada bingung
    mari bergabung dengan kami di ionqq^^com, permainan yang menarik
    ayo ditunggu apa lagi.. segera bergabung ya dengan kami...
    add Whatshapp : +85515373217 ^_~ :))

    ReplyDelete

komen sikit