Monday, 23 February 2009

katak dalam gelas

seorang pakar motivasi pernah berkata bahawa pepatah "katak dalam tempurung" pada zaman globalisasi ini nampaknya sudah tidak relevan. istilah katak dalam gelas lebih sesuai. katak itu terdedah kepada persekitaran luar, tetapi ia tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu apa yang berlaku di luar. ia lebih selesa dengan keadaannya sekarang dan tidak mahu berubah. selesa dengan menyagka bahawa semua orang juga sedang bahagia dan aman sepertinya. logik juga kata-kata pakar motivasi itu. perkembangan dan kecanggihan teknologi menjadikan perhubungan semakin mudah dan maklumat lebih mudah digapai. namun, kadangkala kita terleka dan tidak sedar akan keadaan orang lain. kadangkala kita tak sedar betapa beruntung dan bertuahnya kita. dalam keadaan separuh sedar, kita mengeluh dan mengeluh...walhal pada waktu itu dalam situasi yang serupa, keadaan orang lain lebih menyedihkan berbanding apa yang kita miliki. dalam diam, kadangkala orang lain mentertawakan keluhan-keluhan kita yang agak keanak-anakan itu. sedar atau tidak, sebenarnya keluhan-keluhan itu menunjukkan kelemahan dan kedangkalan kita. orang di sekeliling menilai kita, melihat kita sebagai orang yang lemah dan agak cetek pemikirannya. mengeluh, meminta simpati, mahu diberi bantuan. pendek kata mahu bergantung kepada orang. percaya bahawa diri layak mendapat itu dan ini. merungut apabila kekurangan itu dan ini. walhal apa yang dimiliki dianggap sangat mewah oleh orang lain di luar sana. mengapa mahu mengeluh? apa yang boleh dicapai dengan mengeluh? bukankah lebih baik sekiranya kita menerima keadaan dan berusaha bagi mengatasi penyebab kepada segala keluhan itu? ayuh, pecahkan gelas yang ada di sekeliling. keluar dari zon selesa. selami keadaan di luar sana. syukuri apa yang dimiliki.hargai kesenangan yang ada. p/s: respon yang agak dramatik kepada cerita yang baru didengari dalam kelas bahasa inggeris..hehe..

Wednesday, 11 February 2009

go fpsk!!

salam. i wish good luck to all debaters for the interfaculty debate this saturday.( i bet we'll need it) to bring back the trophy to fpsk is not impossible. though it's not an easy task. our greatest competitor would be the fsu. especially when all 6 teams managed to the next round while one of our arabic team didn't make it. if all of our 5 teams could make it to the finals, then the trophy would certainly be ours..hehe.. motions : 1)globalization beats its own purposes 2)oil subsidy should be revised 3)the government should stop bailing out the industrial sectors