Thursday, 25 September 2008

setiap yg hidup pasti akan mati

sekadar nak berkongsi cerita.. minggu lalu, seorang sahabat(housemate) kehilangan ayahnya.pemergiannya agak mengejutkan.kami terkesima.masakan tidak, semasa kami sedang bersiap2 pada pagi tersebut, seorang sahabat datang ke bilik "ayah kak maryam dah tak ada.." sahabat tersebut pulang ke kampung selama beberapa hari.sepanjang ketiadaannya, saya sempat terfikir apa agaknya yg perlu saya lakukan bila dia kembali ke kl.bimbang, kalau2 terguris hatinya yg sedang bersedih. masakan tidak, belum pernah saya mempunyai pengalaman sebegitu. pada hari sahabat saya pulang ke kl, saya lihat riak wajahnya seperti biasa.saya kira dia sedang berusaha menyembunyikan kedukaan.kami berbual seperti biasa. malam itu, setelah maghrib berjemaah, kami duduk bersembang tentang beberapa perkara.tanpa saya duga, sahabat saya itu membuka cerita tentang kematian ayahnya. katanya jgn risau akan keadaanya, mmg la sedih, tetapi dia terima pemergian ayahnya dengan hati yang terbuka dan redha.katanya lagi, kita terimalah ketentuan Allah.lihat dari sudut yang positif.alhamdulillah, ayahnya meninggal pada 17 ramadhan, bulan yang mulia.hari nuzul quran pula. katanya lagi, mungkin kalau ayahnya sembuh dan keluar dari hospital keadaannya tidak seperti biasa.mungkin memerlukan lebih perhatian dan penjagaan daripada keluarga.kalau dah begitu, mungkin anak2 akan derhaka. katanya lagi, semasa mengetahui keadaan ayahnya, tidak pula dia berdoa agar disembuhkan ayahnya. sebaliknya, dia berdoa agar Allah memberikan yg terbaik kepada mereka sekeluarga... sepanjang mendengar kata2nya, saya fikir dia akan mengalirkan air mata kerana sebak.sebaliknya, dia sangat tenang. sungguh, tidak pernah saya bertemu dgn sesiapa sepertinya.sangat redha dan ikhlas dgn ketentuan Allah. kagum saya terhadapnya.kagum lagi saya terhadap kedua ibu bapanya.berjaya mendidik anaknya sebegitu rupa. persoalannya, mampukah saya menjadi seorang anak sepertinya? namun, persoalan yang lebih besar lagi ialah mampukah saya untuk mendidik anak2 agar menjadi tiang dan kekuatan agama??mampukah kita? sama2lah kita fikirkan dan berusaha ke arahnya. semoga kita sama2 berjaya..amin...

No comments:

Post a Comment

komen sikit