Thursday 8 October 2009

banjir di tingkat 11???


percaya atau tidak, air melimpah dari tingkat atas sehingga ke tingkat bawah. gara-gara tidak sedar paip terbuka sebab bekalan air telah terputus sejak malam. keadaan bertambah buruk dek saliran perpaipan yang tersumbat.

here are some pictures:



the water reflection



habis buku nota microb ku basah kuyup...isk2..



it cost me rm15 to send it to the laundry
kalau lompat atas ni macam lompat kat padang rumput yg basah..



my lecture notes..tak sempat baca pun lagi..



baru je beli tahun lepas..sedihnya..



timbunan nota yang separa basah


so people, moral of the story is always be careful...check things before you went out of the house...jangan dah terhantuk baru nak tengadah

sebenarnya banyak pengajaran yang boleh diambil. depends on how deep you want to think about it. i leave it to you guys..



Sunday 4 October 2009

The 7th International Medical School Physiology Competition

hebat. itu yang dapat saya simpulkan. antara universiti yang menarik perhatian saya adalah Universiti Chulalongkorn, National Singapore University, UNIMAS, serta pasukan kegemaran saya, Universiti Sains Islam Malaysia.




akmal, nadia, hani, ummu, haafilah

pasukan USIM kecundang pada pusingan suku akhir. mengalahkan pasukan yang hebat. kalah kepada pasukan lebih hebat. menang bermaruah, kalah juga bermaruah. kesemua lima mereka sama hebat. prof cheng juga memuji mereka pasukan yang bagus. good job friends, you made us all proud.

congratulations. praise be to Allah. all their hardwork paids. now they can give full concentration to the upcoming final semester examination.



datang sebagai penyokong. thanks raihan for the ride


p/s : to all 3rd batches, let's strive for excellence. we are all great people who do great things. let's not let anyone fail any paper. ganbatte!!



the future muslim doctors


Wednesday 16 September 2009

~balik kampung~

"bila balik kampung?"

soalan yang paling popular dalam seminggu sebelum cuti raya..


"raya kat mana tahun ni?"

soalan yang kedua popular..


semua orang suka bila cerita pasal kampung..hmm pernah tak terfikir kalau tiba-tiba terkandas kat kl ni, dan memang tak ada harapan langsung untuk pulang ke kampung halaman...


ye..mari beraya di gombak..huhu

oh, apa yang aku mengarut ni?

p/s: ramadhan masih berbaki beberapa hari, mari manfaatkan sepenuhnya

Tuesday 15 September 2009

taubat seorang hamba

saja nak share lirik lagu ni..

Hati Hitam Mengenangkan
Dosa Dosa Yang Ku Lakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terima Taubat Hamba Berdosa


Ku Akui Kelemahan Diri
Ku Insafi Kekurangan Ini
Ke Kesali Kejahilan Ini
Terimalah (3x) Taubatku Ini


Telah Aku Merasakan
Derita Jiwa Dan Perasaan
Kerna Hilang Dari Jalan
Menuju RedhaMu Ya Tuhan


Di Hamparan Ini Ku Meminta
Moga Taubat Ku Diterima

Irsyadee feat. Hafiz Hamidun

http://www.youtube.com/watch?v=-2dOpEohwo4

Wednesday 2 September 2009

sumbangkah tarian itu?

Tarian itu, apa benar katanya
kami jua yang menyongsang rentak
silapnya lagu, sumbangnya rentak
terlipat langkah

mungkin ada benar katanya
kami tiada pernah mengerah segala keringat
untuk menari di pentas ini
tiada berusaha sekerasnya untuk yang terbaik
untuk mereka, untuk dia
untuk kita


sungguh tarianku terganggu
bait kata menista langkah
biar itu bukan yang benar
namun bagaimana harus akhirnya
sumbang dibawa lagu yang cela


andai begitu ucapnya
akan seruling ini terus berbunyimengejar tari, menggerak langkah
menghayun jemari menyinsing kaki
membiar akhirnya
segala dipentas itu yang dicari
menari kanNan dan kiri
        kaiy-ium
semua juga memberi mesej sama. keringat yang dikerah masih belum cukup. tarian masih sumbang, lagu yang dimainkan masih bercela. niat mereka tulus, namun banyak hati yang terasa resah. telinga-telinga yang mendengar terasa lali. 

usah gusar, semua itu hanya secebis onak yang menambah warna-warni hidup. tiadalah hidup andai semuanya seperti yang diinginkan malah kita maklum bahawa tak  semua yang kita inginkan itu baik untuk kita. dek kerana terlalu biasa berada di atas, tatkala tiba-tiba terjatuh sakitnya terasa bisa. walaupun  lukanya mungkin tidak sebesar mana. tarbiah datang dengan pelbagai cara. terserah kepada kita untuk berfikir. kata orang, mereka yang bijak adalah yang mengambil pengajaran daripada kesilapan sendiri, tapi lebih bijak jika belajar daripada kesilapan orang lain.

 
barangkali kita harus belajar supaya tidak begitu mudah untuk berpuas hati. belajar untuk tidak terlalu kasihankan diri sendiri. juga belajar untuk menahan calaran-calaran emosi dek bait-bait kata yang mengguris hati dan mencelarukan fikiran. boleh jadi, ada urusan hati yang masih belum selesai..

diri ini juga bukan siapa-siapa. hanya musafir yang menumpang di bumi bertuah. sekadar cebisan rasa buat renungan, agar kaki yang melangkah bertambah teguh kerana kita sedar bahawa yang lebih besar sedang menanti di hadapan...