Saturday, 18 July 2020

Review vacuum Dyson V10 Absolute +


Assalamualaikum

First time buat review....hehehe
Vakum Dyson V10 absolute+ ni beli bulan 9 tahun lepas. Rasanya okay nak buat review sebab guna nak dekat setahun dah. Saya kalau nak beli barang masa survey-survey tu memang akan baca jugak blog orang lain dan review-survey yang ada online. So harap-harap review ni membantu puan-puan yang sedang survey-survey barang ni 😁



Dulu beli kat lazada dari Dyson mall. Masa tu ada sale, so dapat la dalam RM 28++ termasuk delivery. Kalau guna kad kredit maybank ada plan installment. Pakej ni termasuk beg, docking station, 2 kepala, dan 4 tools. Untuk absolute+, ada kepala special untuk lantai simen dan karpet. Agak berat jugak la kalau pegang satu tangan dan vakum untuk masa yang lama. Berat dia lebih kurang 2.5kg. Rasanya kalau bateri penuh, boleh vakum satu rumah atau lebih kurang sejam lebih sekali guna. Suction power ada 3. Untuk lantai biasa, boleh guna minimum suction power. Biasanya akan guna max suction power untuk karpet dan sofa.

Mounting unit tu termasuk sekali, dan bersambung dengan charger. instruction untuk pasang docking station tu ada, dan agak senang jugak la untuk pasang. Tapi ni bukan saya yang pasang la..heheh cik abang yang drill dan pasang.

Pada pendapat saya, vakum ni memang sangat membantu. Tambahan pula, saya memang alergi habuk. Jadi untuk bersihkan lantai sangat mudah. Berbanding dengan vakum yang berwayar, nak simpan dan guna memang sangat mudah. Dulu-dulu saya rasa sapu guna penyapu lagi cepat dan mudah berbanding vakum sebab vakum nak kena ambik dari tempat simpan, pastu bila dah guna nak kena simpan pulak. Tapi bila guna Dyson wyreless, senang je nak ambik dan simpan semula. Saya suka sangat! Nak bersihkan pun agak senang. Takde habuk-habuk berterbangan kalau aim betul-betul masa nak kosongkan bin. 

Kawan saya ada guna version yang lebih lama dan masih berpuas hati dengan performance vakum ni. Keluarga kawan saya ni memang sentiasa guna vakum sebab semua orang dalam rumah tu alergi habuk, jadi pada saya review diorang ni memang ada kredibiliti. Satu lagi, saya rasa yang Fluff version pun sebenarnya dah cukup kalau rumah tak pakai karpet. Saya tengok Fluff V7, V8 ada yang boleh dapat dengan harga tak sampai 2k. Saya cadangkan beli di Dyson shop di Lazada sebab memang terjamin barang original, dan saya perhati harga sale memang lebih best berbanding beli di kedai. Kalau banding kan dengan kedai online yang lain, lebih kurang je harga sale tapi kedai Dyson biasanya ada baucer dan penghantaran percuma.

Saya harap review ni dapat membantu sedikit sebanyak! Nanti saya up review steamer iron pulak ye

p/s: saya buat, guna, dan jual sabun homemade. Jemput la tengok-tengok penulisan saya pasal sabun homemade, dan essential oil! Jemput klik link dibawah untuk cuci mata~~~
Instagram @syairahshomemade