Tuesday 28 October 2008

demam exam?

demam exam dah sampai...semoga kami semua berjaya lulus dengan cemerlang..amin..

Monday 13 October 2008

hujung minggu yg sibuk

last weekend was a hectic one..going to open houses and activity of the silat club..apart from studying..haha..i didn't really study last weekend...the fact is i never feel that i've studied well..ever!and now, i'm lost...there are too many things to read with such little time..i don't know what to read when i want to study...wait, i was about to write about last weekend,not about studies..haha..it's just that suddenly a friend asked another friend about things she didn't understand in the lecture.. well, the weekend was fine.in fact, it was an exciting one...on saturday, my classmates and i went to our tamhidi teachers' houseapart from our friends' house.there were 10 cars going together and it was nice to see the teachers again.i would say that i really enjoy the food especially laksa cooked by Cikgu Fatimah..aahh..i can still remember the feel of joy while eating.honestly, i'm longing to eat it again..i got home at 8.30pm. on sunday, the silat club held a rehlah at sg gabai waterfall.it was fun too. the scene was superb!i really enjoyed my time there..i'm feeling that i fell in love with it..i wanna go there again.. all in all, it was a great weekend..i've enjoyed myself, so now it's time to get to work...and make it hard... p/s:it's kinda funny that the title is in malay language, but it's written in english.. ;p

Tuesday 7 October 2008

cuti,raya, dan exam

selamat hari raya! raya mmg best, seminggu cuti mmg beraya sakan.menziarah, duit raya, jumpa saudara mara,semuanya best...lepas seminggu cuti, start la nak kena pikir balik pasal study dan final exam yg akan menjelma dlm masa satu bulan ni... hai..hari ni baru hari kedua, dah stressed out.mana taknya, byk giler yg nak kena difahamkan dan dihafal...tadi ada tutorial, rasa mcm nak menangis je kat dalam kelas tadi...soalan true false punya hal la ni...bukan x reti nak jawab..tau fakta, tapi apa yg saya faham bila saya baca soalan dan jawapan tu, x sama dgn apa yg lecturer expect...sedihnya...sos!!help me!! ya allah, berilah kekuatan kepada hambamu yg lemah ini...

Thursday 25 September 2008

setiap yg hidup pasti akan mati

sekadar nak berkongsi cerita.. minggu lalu, seorang sahabat(housemate) kehilangan ayahnya.pemergiannya agak mengejutkan.kami terkesima.masakan tidak, semasa kami sedang bersiap2 pada pagi tersebut, seorang sahabat datang ke bilik "ayah kak maryam dah tak ada.." sahabat tersebut pulang ke kampung selama beberapa hari.sepanjang ketiadaannya, saya sempat terfikir apa agaknya yg perlu saya lakukan bila dia kembali ke kl.bimbang, kalau2 terguris hatinya yg sedang bersedih. masakan tidak, belum pernah saya mempunyai pengalaman sebegitu. pada hari sahabat saya pulang ke kl, saya lihat riak wajahnya seperti biasa.saya kira dia sedang berusaha menyembunyikan kedukaan.kami berbual seperti biasa. malam itu, setelah maghrib berjemaah, kami duduk bersembang tentang beberapa perkara.tanpa saya duga, sahabat saya itu membuka cerita tentang kematian ayahnya. katanya jgn risau akan keadaanya, mmg la sedih, tetapi dia terima pemergian ayahnya dengan hati yang terbuka dan redha.katanya lagi, kita terimalah ketentuan Allah.lihat dari sudut yang positif.alhamdulillah, ayahnya meninggal pada 17 ramadhan, bulan yang mulia.hari nuzul quran pula. katanya lagi, mungkin kalau ayahnya sembuh dan keluar dari hospital keadaannya tidak seperti biasa.mungkin memerlukan lebih perhatian dan penjagaan daripada keluarga.kalau dah begitu, mungkin anak2 akan derhaka. katanya lagi, semasa mengetahui keadaan ayahnya, tidak pula dia berdoa agar disembuhkan ayahnya. sebaliknya, dia berdoa agar Allah memberikan yg terbaik kepada mereka sekeluarga... sepanjang mendengar kata2nya, saya fikir dia akan mengalirkan air mata kerana sebak.sebaliknya, dia sangat tenang. sungguh, tidak pernah saya bertemu dgn sesiapa sepertinya.sangat redha dan ikhlas dgn ketentuan Allah. kagum saya terhadapnya.kagum lagi saya terhadap kedua ibu bapanya.berjaya mendidik anaknya sebegitu rupa. persoalannya, mampukah saya menjadi seorang anak sepertinya? namun, persoalan yang lebih besar lagi ialah mampukah saya untuk mendidik anak2 agar menjadi tiang dan kekuatan agama??mampukah kita? sama2lah kita fikirkan dan berusaha ke arahnya. semoga kita sama2 berjaya..amin...

Friday 12 September 2008

"ni kalau usik ni, mesti patah...baik jgn usik..." Pang!! ha, kan dah patah! dah tau nak patah,buat apa usik?? x tau la..saje nak tau..nak buat eksperimen... pernah x jadik mcm tu?x tau la org lain tp sy ni kdg2 suka buat macam tu..x tau la kenapa... mmg la dah tau kalau kita buat mcm ni, mesti jadi macam ni,tapi nak jugak buat.tau, akan menyusahkan diri,tp selagi x jadi depan mata, selagi tu x puas hati... faham ke sy cakap apa ni?salah satu masalah saya ialah saya ni x pandai bercerita..even cerita yg paling best atau lawak pun,bila saya yang cerita, mesti jadi x best...hmm masalah jugak...