Saturday, 3 September 2011

Jalan-jalan Raya

Salam.

Setelah bermaaf-maafan sesama ahli keluarga, marilah kita menziarahi saudara-mara khususnya yang tua. Yang tak kenal boleh dikenal-kenalkan, yang dah kenal boleh dirapatkan.

1st destination: Rumah Nek Mami, Klang

Nek Mami ni Atok punya mak cik. So she's my moyang.

Nek Mami yang selalu buatkan rempeyek untuk atok

Bergambar kenang-kenangan

Tuan rumah tak payah susah-susah nak layan. Pandai je masing-masing layan diri

Rombongan Mak Ngah pun sampai

Pindah ke depan pulak...habis kuih kena makan


Sempat tengok Momok the Movie. Ramai betul director tambahan nak bagi sedap cerita


Semoga Allah lanjutkan usia moyang

2nd Destination: Rumah Pak Ngah, Ampang

Konon-konon nak tangkap gambar sunset, jumpa kucing comel pulak...waa fluffy (fuwa fuwa kata orang jepun)

Sambung tengok Momok the Movie...haha poyo betul

Sambal udang special Mak Ngah...Rugi sape tak makan

Ada yang siap request mi goreng Mak Ngah. Nyum2

Makan 3rd round kat dapur bersama-sama ahli rukun tetangga
Eh, tengok kat belakang tu ada apa

Zoom sikit ke belakang...

Jeng jeng jeng!
Joran Pak Ngah si kaki pancing...banyak nye...maklumlah, nak dekat tiap2 minggu pegi memancing

Pak Ngah yang belikan sekotak besar Pop Pop untuk budak2 ni main

The Next day: Rumah Mak Ngah Robiah, taman sebelah, Gombak

Mak Ngah Robiah ni anak sedara arwah Nenek yang paling rapat, kot... Kuih yang dia buat memang ikut resipi nenek sebijik. Sebab tu kitorang semua ni mesti serang kuih raya dulu. Yang paling famous ialah kuih bangkit kelapa dan coklat chip. Semua resipi nenek Mak Ngah simpan. Mak Ngah ni cakap pun sebijik dah macam nenek. Pendek kata, memang the true disciple of nenek la. 

Sebab dah buat appointment awal-awal, dapat la makan mi goreng

Tak sah datang rumah Mak Ngah Robiah kalau tak makan kuih coklat chip. Sedap woo

Siap bawak balang kuih pegi depan

Atok dengan Pak ngah Man


Eeeh, dah tinggal sikit je coklat chip ni?!!


These are the culprits!! haha

Siap mintak anak pokok lagi

Next destination: Rumah Tok Su, Sg Besi

Tok Su baru pindah rumah kat Sg Besi. Rumah lama dulu yang dekat Sg. Kerayong dah kena tinggal. Sayang betul sebab rumah tu banyak ukiran kayu. These two brothers, atok & Tok su are very good with their hands.

Atok & Tok Su


Pagi-pagi makan kerang, apalagi serang le!
(Padahal baru je makan kat rumah mak ngah Robiah. Pun licin dua mangkuk kueh tiau goreng)

Bergambar depan kedai Tok Su setelah membeli-belah



Malamnya, kami tunggu Nek Ngah dari Ulu Yam datang

Macam-macam cerita keluar bila diorang ni berjumpa

Nek Ngah (tudung kuning) pun adik Atok jugak. Nek Ngah ni famous sebab terer bab masak-memasak ni. Kuih Coklat Chip Nek Ngah memang sedap! Masak asam pedas pun power, makan sekali memang tak cukup, mesti nak tambah punya. Tapi, nampak gayanya tahun ni pun tak sempat nak beraya rumah Nek Ngah...huhu

Deretan pendengar-pendengar setia

Babah & Tok Ngah

Kenapa dua beradik ni bercekak pinggang? kui3


Bukan main lagi Nek Ngah bercerita

Then, on Friday we took it easy and rest. Plus, Mak Teh had to go working. So we didn't go anywhere. On Friday, my family went back to Tangkak & singgah rumah Pak Ndak kat Seremban. And I couldn't go with them because they left me in Ampang since my class starts on Monday and so that I don't get trapped in the traffic jam on Sunday.

Tahun lepas sempat pegi rumah Tok Adam kat Kajang, Tok Lang kat Paya Jaras, dan Nek Ngah kat Ulu Yam. Oh, Rumah Mak Long pun tak pegi sebab diorang ada kat Paris lagi sekarang ni.

Ini baru kampung kat Gombak. Kampung kat Parit Kasan, Johor tak pegi lagi...Nak beraya kat Tangkak pun tak dapat...bagi lah cuti raya dua minggu weyh. Seminggu mana cukup! Tak dapat nak jenguk Embah Som, Embah Long, semua lah yang kat kampung tu. Maklum le, orang kampung ni biasanya semuanya sedara. Sebab kahwin dengan orang2 kampung tu jugak. Memang la bukan semua embah2 dengan sedara-sedara tu ingat kat aku, diorang kenal mak bapak aku je, but at least I try to get to know my relatives. Tak de la nanti sedara sendiri pun tak kenal...hampeh betul! So, I don't think visiting relatives is only for the adults i.e. parents. Same goes with parents' friends. 

Kesimpulannya, kalau kat Tangkak, ada 3 jenis orang yang kitorang akan pegi beraya rumahnya. First, of course relatives. Second, our babysitters ada dalam 3 orang yang masuk kategori wajib pergi. And third would be my parents' close friends. Dan semua rumah ni aku tak dapat nak pegi gara-gara cuti yang pendek...ceis!

p/s: kalau dah keje & dah kahwin lagi la tak dan nak ziarah semua orang. adeyh...

Selamba dek je ambik family picture kat rumah Nek Mami. haha



No comments:

Post a Comment