Wednesday, 30 December 2009

kerja kahwin


kalau kat area johor, org biasa sebut kerja kahwin. bila keluar johor, baru tau orang tak biasa guna istilah tu.. tak kisah la sebut apa pun, bendanya sama juga...


cuti sekolah = musim orang kahwin


tiba-tiba budak-budak memenuhi ruangan depan
(pengantin lelaki tu dua pupu aku)


kerja kahwin yang ni lain sikit daripada yang aku pernah pergi sebelum ni...pak cik ni buat style jawa...makanan, pakaian, lepas tu siap ada kuda kepang lagi..rumah kami setaman, jalan kaki je pergi rumah dia..

makanan best, ada ikan keli sambal, rendang daging, ayam bakar, dan yang penting sekali sambal goreng..(ish, rugi tak makan banyak sikit hari tu). buah ada beberapa jenis..


sambal goreng ni nama je sambal goreng, tapi sebenarnya tak ada sambal pun..ni style org jawa..kalau pergi kat kampung orang biasa masak. tapi kat bandar ni susah sikit nak jumpa..

nak masak dia senang je..bahan-bahan dia tempe goreng, tauhu goreng, kulit tauhu, suhun (macam mana nak eja ni), kentang goreng, ikan bilis, dan cili kering.. lepas tu, campur semua dan goreng dengan kicap...tambah beberapa benda lagi dan siap..hehe

sedap..tapi kalau yang tak biasa mungkin tak minat sangat lauk ni.




syafiq yang main kompang




syarah yang buat macam rumah sendiri
(akak kat sebelah tu termasuk gambar pulak)


No comments:

Post a Comment