Wednesday 27 May 2009

MASUM 09

sawah padi saujana mata memandang
akhirnya sampai juga ke jelapang padi Malaysia. perjalanan ke utara mengambil masa hampir 8 jam. namun, 8 jam tidak dibiarkan berlalu begitu sahaja. pemandangan di sepanjang lebuhraya utara-selatan sungguh mempesonakan. peluang untuk menikmati ciptaanNya tidak harus dilepaskan.
berlatarbelakang Dewan Muadzam Shah
dewan berhawa dingin, namun tetap tidak mampu menandingi kesejukan di FPSK
congratulations abg man for the new baby!

Team silat USIM dan UKM bagaikan adik-beradik. setiap kali tournament pasti tidak berjauhan. mungkin kerana kita berguru dengan coach yang sama. pertemuan di antara pesilat USIM dan UKM memang sentiasa dinantikan. seronok juga melihat pelepas bercanda sesama sendiri di gelanggang. sehingga kadangkala ditegur oleh wasit ;)

"kita bukan orang lain, adik-beradik juga"

kata senior, itu tagline team silat. ya, begitu lebih seronok. dalam masa beberapa minggu kita sudah boleh bergurau senda. pada mulanya terasa kekok juga. maklumlah, cuma saya seorang dari kampus Pandan. bukan selalu pelajar di kampus Pandan dapat bertemu dengan mereka di Nilai. keluarga silat masum kali ini seramai 27 orang. bertambah lagi kenalan. kebanyakannya junior. oh, sudah jadi senior saya. dulu saya rasa seronok menjadi yang paling muda. kini, saya akan menjejakkan kaki ke tahun tiga. tingkah laku dan pemikiran harus seiring dengan peningkatan usia.

with the seniors

MASUM 2009 adalah yang terakhir buat mereka. saya mengenali mereka sejak zaman tamhidi lagi. pasti terasa juga kehilangan bila mereka tiada lagi pada tahun depan.
ya, MASUM 2009 satu kenangan manis buat saya. target saya kini MASUM 2010. biar pun saya seorang, tidak mengapa.

2 comments:

  1. Eh..
    sebelah kiri tu classmate sy Asmad Jusoh..
    kirim salam sama dia ye..=)

    ReplyDelete

komen sikit